Fanatik\ \\bola sepak\


Fanatik\ \\bola sepak\

Para peniaga turut terhibur ketika menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia menerusi televisyen di luar perkarangan Stadium Shah Alam.
OLA sepak merupakan sukan paling popular di dunia kerana tiada sukan lain yang dimainkan manusia ditonton jutaan peminat seperti sukan tersebut.
Oleh sebab itu, maka tak hairanlah mengapa ramai di kalangan kita lebih mengenali bintang bola sepak dunia seperti Ronaldinho dan David Beckham berbanding ahli sukan lain.
Namun sayangnya sebelum ini, nama pemain tempatan agak kurang menyerlah jika dibandingkan dengan dua nama itu dan liga utama yang diadakan sepanjang tahun juga kurang diberi sambutan.
Walau bagaimanapun, sejak kebelakangan ini arena sukan bola sepak tempatan kelihatan lebih meriah sekali gus mendapat sambutan yang amat baik di kalangan peminat fanatik sehingga angka kehadiran pengunjung berada di luar jangkaan pihak penganjur.
Malah nama pemain tempatan seperti Indra Putra Mahayuddin, Shakir Shaari, Mohd. Badri Mohd. Radzi, Norshahrul Idlan Talaha, Rezal Zambery Yahya dan Mohd. Fitri Omar menjadi bualan ramai bagaikan selebriti ternama.
Baru-baru ini, .com ke Stadium Shah Alam bagi menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia di antara pasukan Kelantan dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Ketika memasuki ruangan stadium, bahang perlawanan itu dirasai cukup hebat bagai sedang menyaksikan perlawanan akhir di Stadium Old Trafford, Manchester, England oleh kerana ruangan stadium dipenuhi penyokong berbaju merah.
Dalam perlawanan tersebut, Kelantan berjaya melengkapkan kejuaraan treble selepas menjulang Piala Malaysia buat kali kedua dalam tempoh tiga tahun apabila menewaskan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 3-2.
Jaringan wira The Red Warriors, Indra pada masa tambahan minit ke-96 menjulang Kelantan selaku juara Piala Malaysia ke-96 sekali gus menjadikan tahun 2012 sebagai tahun paling bermakna dalam sejarah bola sepak Kelantan.
Sebelum itu, Norshahrul Idlan Talaha atau Mat Yo yang diangkat sebagai pemain terbaik perlawanan akhir dua kali meletakkan Kelantan di hadapan pada minit ke-44 dan 50, namun dapat disamakan sebanyak dua kali oleh ATM melalui jaringan Rezal Zambery Yahya pada minit ke-49 dan Marlon Alex James pada minit ke-62.
Aksi perlawanan itu juga turut disaksikan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah dan Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Faiz Petra serta kira-kira 80,000 penonton.
Kedua-dua pasukan berjaya menampilkan permainan yang sengit dan menghiburkan namun menariknya disebalik perlawanan itu ialah sambutan yang diberikan oleh penyokong kedua-dua buah pasukan. - SYAHRIL

Diskaun 20%: 2,962 peminjam PTPTN buat bayaran balik penuh


Diskaun 20%: 2,962 peminjam PTPTN buat bayaran balik penuh

KUALA LUMPUR 8 Nov. - Seramai 2,962 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah membuat bayaran balik sepenuhnya berikutan tawaran diskaun 20 peratus yang diumumkan pada Belanjawan 2013 bagi tempoh 1 Okt hingga 30 Okt tahun ini.
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr. Hou Kok Chung berkata, jumlah pembayaran balik itu melibatkan pinjaman sebanyak RM15 juta.
"Daripada jumlah itu, seramai 191 peminjam adalah dalam kategori senarai hitam dengan bayaran balik berjumlah RM1.2 juta," katanya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Mohamed Aziz (BN-Sri Gading) yang ingin tahu mengenai sambutan peminjam PTPTN terhadap tawaran diskaun 20 peratus itu pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Ditanya mengenai jumlah peminjam yang menamatkan pengajian dengan keputusan kepujian kelas pertama dan layak mendapat pengecualian bagi pembayaran balik pinjaman, Dr Hou berkata kementerian mengenal pasti seramai 4,430 graduan yang tamat pengajian dari 2005 hingga 2009, layak untuk mendapat pengecualian itu.
Bagaimanapun, katanya, hanya 1,335 graduan yang membuat permohonan bagi pengecualian itu. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121108/dn_30/Diskaun-20-2962-peminjam-PTPTN-buat-bayaran-balik-penuh#ixzz2BcleiZQz
© Utusan Melayu (M) Bhd