Fanatik\ \\bola sepak\


Fanatik\ \\bola sepak\

Para peniaga turut terhibur ketika menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia menerusi televisyen di luar perkarangan Stadium Shah Alam.
OLA sepak merupakan sukan paling popular di dunia kerana tiada sukan lain yang dimainkan manusia ditonton jutaan peminat seperti sukan tersebut.
Oleh sebab itu, maka tak hairanlah mengapa ramai di kalangan kita lebih mengenali bintang bola sepak dunia seperti Ronaldinho dan David Beckham berbanding ahli sukan lain.
Namun sayangnya sebelum ini, nama pemain tempatan agak kurang menyerlah jika dibandingkan dengan dua nama itu dan liga utama yang diadakan sepanjang tahun juga kurang diberi sambutan.
Walau bagaimanapun, sejak kebelakangan ini arena sukan bola sepak tempatan kelihatan lebih meriah sekali gus mendapat sambutan yang amat baik di kalangan peminat fanatik sehingga angka kehadiran pengunjung berada di luar jangkaan pihak penganjur.
Malah nama pemain tempatan seperti Indra Putra Mahayuddin, Shakir Shaari, Mohd. Badri Mohd. Radzi, Norshahrul Idlan Talaha, Rezal Zambery Yahya dan Mohd. Fitri Omar menjadi bualan ramai bagaikan selebriti ternama.
Baru-baru ini, .com ke Stadium Shah Alam bagi menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia di antara pasukan Kelantan dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Ketika memasuki ruangan stadium, bahang perlawanan itu dirasai cukup hebat bagai sedang menyaksikan perlawanan akhir di Stadium Old Trafford, Manchester, England oleh kerana ruangan stadium dipenuhi penyokong berbaju merah.
Dalam perlawanan tersebut, Kelantan berjaya melengkapkan kejuaraan treble selepas menjulang Piala Malaysia buat kali kedua dalam tempoh tiga tahun apabila menewaskan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 3-2.
Jaringan wira The Red Warriors, Indra pada masa tambahan minit ke-96 menjulang Kelantan selaku juara Piala Malaysia ke-96 sekali gus menjadikan tahun 2012 sebagai tahun paling bermakna dalam sejarah bola sepak Kelantan.
Sebelum itu, Norshahrul Idlan Talaha atau Mat Yo yang diangkat sebagai pemain terbaik perlawanan akhir dua kali meletakkan Kelantan di hadapan pada minit ke-44 dan 50, namun dapat disamakan sebanyak dua kali oleh ATM melalui jaringan Rezal Zambery Yahya pada minit ke-49 dan Marlon Alex James pada minit ke-62.
Aksi perlawanan itu juga turut disaksikan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah dan Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Faiz Petra serta kira-kira 80,000 penonton.
Kedua-dua pasukan berjaya menampilkan permainan yang sengit dan menghiburkan namun menariknya disebalik perlawanan itu ialah sambutan yang diberikan oleh penyokong kedua-dua buah pasukan. - SYAHRIL

Related Posts:

  • Daging mangsa bertaburan Daging mangsa bertaburan PUNGUT... keadaan motor mangsa (gambar kecil) selepas terbabit dalam kemalangan. ALOR GAJAH: “Dia (arwah) menyatakan hasrat mengubah suai rumah ibu bapanya menggunakan duit bonus, namun tidak k… Read More
  • Banjir di Kelantan 2012/2013 Banjir di Kelantan 2012/2013 Mangsa banjir yang berpindah di Pusat Pemindahan SK Dewan Beta pada 25 Dis 2012 Kunjungan Puteri UMNO Salor ke pusat pemindahan banjir bagi menemui mangsa banjir di SMK Mulong pada 24 Dis 2… Read More
  • Israel ragui dakwaan penggunaan senjata kimia Israel ragui dakwaan penggunaan senjata kimia BAITULMAQDIS 26 Dis. - Israel semalam melahirkan keraguan mereka berhubung dakwaan aktivis Syria bahawa tentera yang setia kepada Presiden Bashar al-Assad menggunakan senjata… Read More
  • Kemasukkan Duit ptptn 2012/2013 KEMASUKKAN DUIT PTPT BAGI PELAJAR IPTA 2012/2013 full view : click here to download Password : faridblaster … Read More
  • Bapa Saiful: Anak saya diperguna untuk jatuhkan Anwar Bapa Saiful: Anak saya diperguna untuk jatuhkan Anwar JAMILAH HAMZAH 8 Mac 2013 Bapa Saiful, Azlan membacakan kenyataan pada sidang media yang diadakan dekat ibu negara pagi tadi. - Foto ihsan The Malaysian Insider [D… Read More

0 ulasan: