Lupa password streamyx dan cara nak atasinya


Lupa password streamyx dan cara nak atasinya


Hari ini saya akan tunjukan cara untuk dapatkan semula username dan password  bagi  streamyx sekiranya anda terlupa atau ada yang sengaja menukar passwordnya  tanpa izin dan  pengetahuan anda.

Terdapat dua cara yang anda boleh cuba iaitu;

Cara 1.Mendapatkan password streamyx dengan  bantuan

1: Masuk ke menu router, di address bar web browser tu masuk ke address http://192.168.1.1 (atau http://192.168.1.254) dan lihat pada setting PPPoE / PPoA .
Username standard streamyx biasanya adalah  @streamyx dan @tmnet.

2. Call 100, dan masuk ke menu “perkhidmatan internet”, ke menu “bantuan teknikal” sediakan maklumat pemegang account streamyx seperti nama penuh, no ic, maklumat pengebilan (address) untuk pengesahan operator( ala borang yang nada mula mula isi masa daftar dulu tu)
3. Operator TM akan mengajar anda satu persatu mengatasinya, namun sebelum itu  pastikan telefon anda
berdekatan komputer kerana anda boleh menaip terus apa yang di arahkan nanti. kalau tulis di buku nanti anda akan keliru.


Cara 2. Mendapatkan password streamyx tanpa bantuan (buat sendiri)

Default password  biasa streamyx ialah tmnet123, ftx123, net123, password, abc123
Selain dari default password itu jika anda cuba login keluar dialog box  authentication failure (login streamyx dail-up yang gagal) bermaksud password telah berubah atau di ubah atau anda memang pelupa. Untuk Reset semula password .ikuti dibawah.

1 . Reset modem anda dahulu dengan cara ,Tekan button reset tampa lepas  lebih kurang 20saat. ( butang tu di belakang modem anda biasanya sebelah butang power on.
2 . Lepas dah release button, just tunggu sampai semua lampu stabil (DSL, Cable, Wireless, Internet, dan
     Power) *notes, selepas reset segalanya akan kembali ke factory setting
3 . Sambungkan kabel internet ke Laptop/CPU anda
4 . Open internet browser, taip pada address bar 192.168.1.1 (router Configuration Interface)
5 . Login screen akan dipaparkan, masukkan username & password

(ini contoh untuk Modem D- Link , kebiasanya hampir sama sahaja dengan perbezaan aturan yang sedikit)

 
6 . Bila dah berjaya masuk, pergi ke tab setup (atas sebelah kiri)dan klik kat button setup wizard


7 . Step 1 - Masukkan Login ID ******@streamyx
dan Password 
setup ke Protocol : PPpOE
dan Connection type : LLC


8 . Step 2 - Biarkan di kedudukan default sahaja kalau tak mahir. Kalau mahir tukar ke SSID supaya senang nanti nak detect nama wireless anda. WEP key sangat penting dimasukan ,kecuali anda nak kongsi dengan semua orang guna internet free anda


9 . Step 3 - Completed & Restart. Tunggu modem restart hingga 100%
10 . Restart Modem - tekan button on off sahaja. off selama lebih kurang 15sec )
11 . Selepas on anda kena tunggu semua lampu stabil + color hijau.
12 . Testing dahulu , kalau tak boleh juga  restart semula komputer anda


Kalau payah sangat reset semula password streamyx dengan bantuan talian 100 TM la

tapi sediakan semua ini;
Maklumat account streamyx, no ic pemegang streamyx, username, alamat surat menyurat.
Call “100″, pilih “bantuan teknikal”.
Beri maklumat username (nama pengguna) account streamyx dahulu, dan katakan masalah login tidak berjaya pada operator, kemungkinan password telah diubah.
operator akan mengalih talian kepada bahagian sub-vendor mengubah password streamyx, dan mereka akan mengubahnya (kepada tmnet123 kebiasaanya).

cubalah buat sendiri..mudah sahaja kalau dah biasa

Related Posts:

  • How To make admin page with database Account Login Details for the Demo page are: User Name: swashata; Password: swashata;OR User Name: admin; Password: admin If you want to understand the coding behind the login system, then read on bel… Read More
  • Watch A Movie Created with Command Prompt Last night i was cleaning Junk from my PC. Because .. I test lots of freewares to find out best freeware programs for my needs. Then i found found some Command Prompt tricks i collected few years ago. This trick a… Read More
  • CARA MEMBUAT WEBSITE MENGGUNAKAN JOOMLA Dalam membuat web menggunakan joomla, terlebih dahulu kita harus mempunyai: 1.      Aplikasi joomla 2.      A… Read More
  • How to make admin page with database #0: Strategy Used behind the Login System: Here we shall use 5 files for making the whole system. config.php: The main file for holding the information related to the admin MySQL table. We shall discuss in brief… Read More
  • PHP+MYSQL+RELATIONAL DATABASEAssalamualaikum... saya mohamad fariduddin bin hashim.Anda boleh panggil saya farid . saya nk share E-book saya tentang Cara mudah untuk membina Satu Sistem yang mudah dan mempunyai PHP + Relational database . E-book ini akan… Read More

0 ulasan: