Penjagaan Kebersihan Diri


Kita perlu menjaga kebersihan diri supaya:

a)       badan sihat
b)       tiada jangkitan kulit
c)       sentiasa cergas dan ceria
Langkah-langkah menjaga kebersihan diri adalah:

a)      Cuci muka supaya kelihatan segar dan tiada jerawat.
b)      Selalu mandi menggunakan air bersih dan sabun.
c)      Gunakan tuala bersih untuk mengeringkan badan selepas mandi.
d)      Selalu mencuci rambut menggunakan syampu.
e)      Pakai pakaian yang bersih.
f)       Cuci tangan sebelum dan selepas makan.
g)      Selalu memberus gigi untuk mengelakkan kerosakan gigi dan  mulut berbau busuk.
h)      Sentiasa memakai pakaian dan stoking yang bersih.
i)       Selalu memotong kuku yang panjang.
j)       Bersihkan diri termasuk membasuh tangan selepas ke tandas.
k)      Selalu membasuh celah-celah jari kaki menggunakan sabun.


Petua yg paling terkenal di kalangan orang Melayu kita ialah penggunaan santan. Khasiatnya memang terkenal untuk melembut serta melebatkan rambut. Caranya mudah, ambil kelapa tua & perah pekat2. Biarkan sejam agar patinya naik, baru disapu pada rambut. Gunakan jari atau sikat bergigi jarang. Balut dgn tuala bersih & perap setengah jam. Selain itu, minyak kelapa yg dibuat sendiri juga baik untuk merawat rambut kering, pecah hujung serta mudah gugur. Caranya mudah, perah santan daripada 2 atau 3 biji kelapa tua. Ambil yg pekat saja (2 kali perah). Kemudian jerang di dlm kuali besar tebal. Sebaik2nya guna dapur kayu kerana tempoh memasak minyak kelapa ini sangat lama (hampir sehari suntuk). Kemudian biarkan ia sejuk & baru dijaram pada kepala. Selain itu, minyak bijan juga elok untuk melebatkan rambut. Agar lebih harum, campur minyak dgn bunga melur atau bunga melati & daun pandan. Bagi mengelakkan hapak, pastikan sisa minyak dibasuh bersih. Wanita Jawa pula gemar menggunakan abu batang padi untuk mencuci rambut. Biasanya batang padi yg baru dituai, dibakar. Kemudian direndam semalaman, baru ditapis. Guna hampas tapisan batang padi untuk mencuci rambut, kemudian bilas dgn air rendamannya. Selepas itu baru dicuci dgn air biasa sebersih2nya. 

Bagi menghilangkan kelemumur, campur air perahan limau nipis dgn sedikit air & genyeh pada kulit kepala. Ada juga yg rajin mengumpul embun pada awal pagi & diusap2 pada pangkal rambut. Ia dipercayai mempercepatkan pertumbuhan rambut serta mengelakkan sakit kepala. Selain itu, lendir daun bunga raya atau gel lidah buaya elok disapu pada kulit kepala untuk menyejukkan serta mengelakkan rambut gugur. Ia juga bertindak sbg perapi. Di kalangan wanita barat, penggunaan minyak buah pic, ginseng & minyak bunga kesumba digunakan dgn meluas untuk mengatasi rambut gugur. Ada juga yg menggunakan gel pokok kektas & daun lidah buaya. Wanita Cina & Jepun pula menyukai pelbagai jenis akar ginseng, teh herba Cina & halia untuk merawat rambut. 

Related Posts:

  • Redesign for barebones Raspberry Pi computerThe B+ can also power more peripherals without the need for a dedicated power source and has more connectors to help link it to other devices. The new model is released as the Pi faces increasing competition from other tiny … Read More
  • Cara-Cara Nak Hilangkan Stress Cara-Cara Nak Hilangkan Stress. ~Wa..yang nie memang betul-betul stress...~ . . . Sebelum saya nak kongsi sikit cara-cara nak hilangkan stress, mari kita kenal dulu apa punca-punca yang boleh menyebabkan kita st… Read More
  • Gadis Peugeot CDM25 terlajak biadabAssalamualaikum dan Salam 1Dunia, memang naik darah aku bila tengok seorang gadis yang menaiki kereta Peugeot dengan plate no CDM25 mengamuk macam kena histeria hanya kereta baru tercalar sedikit. Mungkin dia tak menyangka la… Read More
  • 22 Cara Menjaga Anak Dengan Betul 1) Jangan pukul anak dari lutut keatas2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. Nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak b… Read More
  • 7 Dangerous Acts After Meal * The 7 Dangerous Acts after meal *Must read & shareDON'T ACT THE 7 ACTIONS BELOWAFTER YOU HAVE A MEAL* Don't smoke- Experiment from experts proves that smoking a cigarette after meal is comparable to smoking 10… Read More

0 ulasan: