FIRA tingkat ilmu robotik

PASUKAN Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan meraikan kejayaan selepas muncul juara keseluruhan FIRA 2014 di Kedah baru-baru ini.
Penganjuran 7th Federatioan of International Robot Soccer Association Malaysia Cup 2014 (FIRA 2014) di Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB), Kedah baru-baru ini berjaya mencapai matlamatnya meningkatkan pengetahuan pelajar dalam bidang teknologi robotik.
Program kejohanan yang telah diadakan pada 19 hingga 23 Mei lalu itu disertai 70 pasukan dari dua buah universiti, 18 politeknik serta 14 sekolah dari seluruh negara.
Kejohanan itu telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Politeknik, Datuk Mohlis Jaafar.
Penganjuran FIRA 2014 berjaya meningkatkan ilmu pengetahuan teknologi robotik dan minat pelajar politeknik, institusi pengajian tinggi dan sekolah dalam menyuburkan budaya inovasi sains dan teknologi ke arah negara maju menjelang 2020.
pelbagai aktiviti telah diadakan selama lima hari itu yang melibatkan peserta dan orang ramai bermatlamat memperkenalkan bidang robotik secara hands-on sepanjang program itu.
Sebanyak enam kategori dipertandingkan iaitu miroSot, simuroSot, androsot, huroCup, robosot dan MyBOT.
Juara keseluruhan FIRA 2014 disandang Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan; tempat kedua dimenangi, Politeknik Ungku Omar, Perak manakala tempat ketiga pula dimenangi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Juara kategori pula dimenangi UKM (Micro-Robot Soccer, MiroSot); Politeknik Seberang Prai, Pulau Pinang (Simulated Robot Soccer, SimuroSot), UKM (Android Soccer, Androsot), Politeknik Ungku Omar, Perak (Humanoid Robot Soccer, HuroCup); Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Pahang (Robot Soccer, Robosot).
Bagi kategori (MyBOT) disandang Sekolah Menengah Kebangsaan Methodist, Tanjong Malim (MyBot Curling) dan Sekolah Kebangsaan Bukit Saujana, Negeri Sembilan mengungguli kategori MyBot Shooting.
Penganjuran FIRA adalah hasil cetusan idea Prof. Jong Hwa Kim yang juga merupakan penganjur kejohanan FIRA 1996 di Kiast, Daejeon, Korea.
Daripada kejohanan itu, FIRA yang ditubuhkan pada 5 Jun 1997 menganjurkan FIRA Robot World Cup setiap tahun di peringkat antarabangsa bermatlamat memupuk minat sains dan teknologi dalam kalangan generasi muda.






Untuk mencapai tujuan ini, FIRA berjaya menyatukan para penyelidik dan pelajar mahir daripada pelbagai bidang sains dan teknologi seperti robotics, sensor fusion, intelligent control, communication, image processing, mechatronics, computer technology dan artificial life bagi membangunkan autonomous robots dunia

SIMUROSOT

Result : http://www.ptsb.edu.my/fira/index.php?f=s-simu
Team : http://www.ptsb.edu.my/fira/index.php?f=register-view&id=30&cat=5

0 ulasan: