Sajat dah balik Malaysia, berita ditangkap di Jeddah tidak benar



Tular di media sosial berita yang mengatakan usahawan kosmetik, Muhammad Sajad Kamaruzaman atau Nur Sajat telah ditangkap di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdul Aziz di Jeddah oleh pihak berkuasa Arab Saudi kerana berpakaian wanita ketika mengerjakan umrah di Tanah Suci Makkah.
Bagaimanapun, berita itu disahkan tidak benar oleh pihak bertanggungjawab berhubung urusan haji dan umrah Malaysia.
Malah, Nur Sajat bersama ahli keluarganya juga dikatakan sudah tiba di tanah air sejak semalam.
Menurut Sajat, walaupun baru pulang dia sudah mula rindu untuk kembali bertandang ke Tanah Suci selepas ini.
“Rindunya aku di sana. Insha-Allah akan sampai aku sekali lagi. Amin,” katanya ringkas di Instagram Story.
Sebelum ini dilaporkan polis Arab telah menemui seorang jemaah Malaysia iaitu PU Amin menasihatkan supaya tidak mencemarkan kesuciaan Tanah Suci.
Perbuatan tidak bertanggungjawab jutawan kosmetik, Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjat Kamaruzzaman, 35, yang mencemar nama baik negara dengan berpakaian wanita di Tanah Suci bukan sahaja tular di tanah air malah diketahui pihak berkuasa Arab Saudi.
Menurut Amin, beliau telah ditegur oleh seorang anggota polis yang mengingatkannya supaya tidak melakukan perkara-perkara tidak dibenarkan dan dilaknat Allah SWT.
Apa yang lebih membimbangkan katanya, perbuatan tersebut jika tidak dihentikan, akan turut memberi kesan kepada rakyat Malaysia lain yang ingin menunaikan umrah selepas ini.

Related Posts:

  • Israel ragui dakwaan penggunaan senjata kimia Israel ragui dakwaan penggunaan senjata kimia BAITULMAQDIS 26 Dis. - Israel semalam melahirkan keraguan mereka berhubung dakwaan aktivis Syria bahawa tentera yang setia kepada Presiden Bashar al-Assad menggunakan senjata… Read More
  • Farming Gifts for npcs Farming Gifts for npcs By Wistter 3. Farming Gifts for npcs – this method is greatly under estimated by most players but can really earn a profit. REQUIREMENTS BEFORE STARTING GIFT HUNTING: First let me explain… Read More
  • GUIDE BY DESTROYER ( WISTTER ) GUIDE BY DESTROYER ( WISTTER )   Tips* : making plus++ be successful with high rate chance. 1: You need to fight any mobs at dungeon . 2: Make sure after you fight 3 time at d… Read More
  • KURSUS : PROGRAM GENERATE HTML AND JAVASCRIPT CODE ( 10/ 12 / 2012 ) KURSUS : PROGRAM GENERATE HTML AND JAVASCRIPT CODE ( 10/ 12 / 2012 ) Saya selaku ketua program,penceramah dan editor(video trailer) mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan2 saya yang support dalam menjalankan program t… Read More
  • Daging mangsa bertaburan Daging mangsa bertaburan PUNGUT... keadaan motor mangsa (gambar kecil) selepas terbabit dalam kemalangan. ALOR GAJAH: “Dia (arwah) menyatakan hasrat mengubah suai rumah ibu bapanya menggunakan duit bonus, namun tidak k… Read More

0 ulasan: