Cara-Cara Nak Hilangkan Stress

Cara-Cara Nak Hilangkan Stress.

~Wa..yang nie memang betul-betul stress...~
.
.
.
Sebelum saya nak kongsi sikit cara-cara nak hilangkan stress, mari kita kenal dulu apa punca-punca yang boleh menyebabkan kita stress.Antaranya ialah:
~Assignment yang banyak, tue tak termasuk quiz, presentation, final project, ujian bulanan, final exam,lab report,homework dan macam -macam lagi lah..~(Bagi yang bergelar student)
~Kerja-kerja kat tempat kerja yang melambak macam gunung Everest, report yang nak kene submit, meeting dengan bos + pegawai-pegawai atasan @ pekerja-pekerja bawahan dan client syarikat..menghadap pulak perangai client /customer yang kadang -kadang macam aper jer tue..nak kena bentang proposal ngan client..nak kene rebut tender pulak dengan pesaing-pesaing syarikat..terkejar-sana, terkejar sini nak cari / tambah untung syarikat...hari-hari telinga bingit dengan bunyik mesin kat tempat kerja..dan macam-macam lagi..~(Untuk  orang yang dah bekerja)
~Stress jugak boleh berlaku akibat tekanan dari orang sekeliling seperti Ibu/Bapa, Adik Beradik, Suami,Isteri,Madu,Anak-anak, Besan, Bapa/Ibu Mertua,Rakan-rakan, Jiran dan sebagainya..~
~Stress jugak boleh berlaku akibat dari  sesuatu peristiwa / tragedi masa silam seperti pernah kemalangan hingga menyebabkan kecacatan kekal pada tubuh badan atau kematian insan yang disayangi~
.
.
Kesan-kesan stress kepada kesihatan:-
.
.
Mesti ita semua tak mahu jadi macam nie kan..?
Cara mengatasi stress adalah:-

-Ambil wuduk, bersolat dan membaca Al-Quran..ia adalah jalan yang mujarab untuk atasi segala permasaalahan-

-Cubalah bertenang, beristirehat dan bermuhasabah diri-

-Lihat pemandangan jauh yang menarik, melalui jendela-

- Bersiar-siar ke tempat yang tenang / tempat-tempat mempunyai pemandangan yang menarik yang terdekat dengan persekitaran kamu-

-Pergi bercuti  selama beberapa hari, jauhkan diri dari tempat-tempat yang boleh menyebakan kamu stress-

-Buatlah apa jua aktiviti yang kamu minat dan sekaligus boleh menghilangkan / mengurangkan rasa stress kamu asalkan aktiviti tersebut tak melanggar undang-undang (contoh seperti melukis, mencipta puisi, menulis,mengambil photo-photo yang menarik,menyanyi,bermain alat muzik dan sebagianya..)-

-Beriadah / bersenam / bersukan secara teratur-

-Jaga kesihatan dan pemakanan-

-Tidur yang cukup / waktu tidur yang berkualiti-

-Luaskan pergaulan dan kenalan -

-Ikuti aktiviti-aktiviti berfaedah yang boleh membuatkan kamu gembira dan lupa sebentar tentang stress kamu tue-

-Luahkan permasaalahan kamu kepada seseorang yang paling kamu percayai dan paling boleh dipercayai.-(Kena pandai pilih tempat untuk meluahkan perasaan sedih, geram, stress  kamu tue..kena pilih seseorang yang berfikiran positif dan boleh memberi kata-kata motivasi serta nasihat kepada kamu.Jangan pilih seseorang yang boleh menambahan rasa sedih kamu dengan kata-katanya yang boleh mematahkan semangat atau menambahkan rasa marah kamu dengan kata-kata berbaur batu api seperti hasutan dan fitnah )

-Baca buku-buku / dengar muzik yang boleh memberi kamu semangat dan motivasi, elakkan membaca atau mendengar sesuatu yang boleh menambahkan lagi rasa kecewa kamu tue.. -

-Sentiasa berfikiran positif dalam menghadapi segala dugaan-
.
.
.
Berikut adalah Doa yang boleh diamalkan apabila kamu sedang stress atau sakit kepala:-
-Click pada gambar untuk tumbesaran saiznya-
.
-Click pada gambar untuk tumbesaran saiznya-
.



Selain dari kaedah-kaedah tadi, kamu juga boleh cuba teknik nie..iaitu urutan. Salah satunya adalah urutan refleksiologi.Antara kebaikkanya adalah:-

- mengurangkan rasa letih /stress
- melancarkan pengaliran darah
- meningkatkan daya tahan individu
- mengurangkan risiko tulang reput
- menyeimbangkan kedudukan badan
- menguatkan otot kaki
- mengurangkan risiko kencing tak lawas
- menguatkan tulang dan pinggul
- mengurangkan risiko sakit sendi
- mengelak risiko sembelit

-Click pada gambar untuk tumbesaran saiznya-



0 ulasan: