Ugut Terjun Dari Jejambat PLUS Sebab Bergaduh Dengan Pakwe


Macam macam hal yang terjadi sekarang. Terbaru, hanya kerana berselisih faham dengan teman lelaki, seorang wanita bertindak memanjat papan iklan gergasi pada jejambat di Lebuhraya Utara- Selatan (Plus) berhampiran tol Jelapang, Bandar Meru Raya di sini dan mengugut untuk terjun.

Bagaimanapun, wanita itu membatalkan niatnya itu selepas berjaya dipujuk oleh anggota bomba dan penyelamat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Meru, Norazlina Robak’aee berkata, lima anggota bergegas ke lokasi kejadian setelah menerima panggilan pada jam 6.48 petang dan mendapati seorang wanita berusia awal 30-an duduk di atas papan iklan berkenaan.

“Wanita yang dipercayai warga Thailand itu hanya pakai baju tanpa lengan dan berseluar pendek. Dia menangis sambil menjerit memarahi teman lelakinya yang turut berada di tempat kejadian.

“Ketika dipujuk, wanita berkenaan bertindak berdiri dan sekali sekala mengugut mahu terjun dari papan iklan terbabit dengan banyak kenderaan lalu lalang di bawah jejambat berkenaan,”

Beliau berkata, pada mulanya pihaknya sukar meminta mangsa turun daripada papan iklan tersebut kerana emosinya yang tidak stabil namun selepas sejam dia berjaya ditenangkan.

“Selepas hampir sejam, akhirnya kita berjaya menenangkannya dan berjaya membawa turun mangsa dari papan iklan terbabit.

“Mangsa diserahkan kepada pihak polis dan dihantar UNTUK mendapatkan rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun,” katanya. – Sinar Harian

Related Posts:

  • Lelaki Cina BIADAP ! Langgar Anak Yatim Hingga Mati Dan Melarikan Diri KUALA SELANGOR - Seorang lelaki Cina dibelasah sekumpulan lelaki Melayu di sebuah restoran selepas terlibat dalam kemalangan yang meragut nyawa seorang wanita. Dalam kejadian yang berlaku di Assam Jawa itu, lelaki te… Read More
  • Meor Mohd kejar kualiti Gemar mengubah wajah mengikut karakter yang dibawa menggambarkan betapa pelakon ini amat mementingkan kesempurnaan dalam setiap lakonannya. Ini kerana penampilan diri yang berbeza mengikut kehendak watak membantu ses… Read More
  • Masa untuk perbaiki diri BUKAN mahu mengikut trend semasa jauh sekali dipaksa, jelas Ziana Zain niat bertudung sudah ada dalam hatinya sejak bertahun-tahun lamanya. Bagaimanapun Ramadan kali ini menjawab kehendak dirinya itu. Percaya ini hadia… Read More
  • Gelagat teruna berbelanja SATU senario yang pastinya muncul tatkala menyambut perayaan utama di negara ini seperti Hari Raya Aidilfitri adalah tabiat membeli-belah di saat akhir di lokasi-lokasi tertentu yang pastinya menjanjikan ‘pulangan’ yan… Read More
  • 3 maut bom kereta gegar Betong Read More

0 ulasan: