Cara-cara Untuk Mengaktifkan Akaun Bank Islam

Cara2 nk buat online banking

”Cara-cara Untuk Mengaktifkan Akaun Bank Islam Internet Banking Anda”
Langkah Pertama :
Langkah pertama ini hanya untuk orang yang belum daftar lagi di laman web  Bank Islam Online Banking, anda boleh terus ke langkah kedua jika anda sudah daftar di laman web Bank Islam Online Banking, Pastikan anda sudah daftar Bank Islam phone tac kerana Anda akan dapat nombor tac anda melalui sms yang dihantar pada no tel. bimbit anda yang anda daftarkan semasa mengisi borang pendaftaran.
Ikuti langkah-langkah berikut:
1. Buat internet banking e-pin di atm Bank Islam
2. Caranya : masukkan kad atm, masuk nombor pin anda, pilih lain-lain, pilih 'Perbanking Internet', masukkan 6 digit e-pin pilihan anda (lain dari pin atm anda, masukkan lagi untuk kepastian, siap. (internet e-pin accepted), ingat nombor pin tersebut. 
3. Selesai.
Ok, bila dah buat semua tu, pergi ke laman web https://www.bankislam.biz/ klik pada first time Login. dan ikut arahan untuk register.
1. Masukkan Nombor di kad ATM anda.
2. Masukkan Nombor pin yang anda daftar di ATM Bank Islam
3. Isi Borang Pendaftaran
Pastikan Nombor Password yang anda daftarkan itu hanya 6 Digit SAHAJA.
Password anda haruslah mempunyai Huruf dan Nombor.
Selepas selesai register anda boleh terus Login.


"Cara-Cara Untuk Transfer Duit Dan Buat Pembelian"
Langkah Kedua :
Ok, sekarang anda dah pun login akaun Bank Islam anda.
Di sini akan diterangkan macam mana nak transfer duit untuk buat
Pembelian Melalui Internet.
Masukkan User ID dan Password yang anda telah daftar semasa mengisi borang pendaftaran.
Klik LOGIN.
Kemudian klik pada Transfers to Third Party.
1. Di ruang Destination account, pilih nombor akaun anda.
2. Diruang Recipient's Email Address, masukkan email penerima.
3. Diruang Transfer Amount, Isikan amaun = $$$
4. Tinggalkan kosong diruang Transfer Description.
5. Klik
Transfer.


Pada paparan seterusnya, isikan nombor tac yang anda dapat melalui
sms. Pastikan nama Penerima itu betul.
Kalau semuanya ok, klik pada Confirm/Submit/Transfer. Selesai.
Save bukti bayaran tersebut.Pastikan anda mencatat tarikh dan masa transaksi.
Selesai.

0 ulasan: