LIVE PerHimpunan Bersih 2012 (BERSIH 3.0 Malaysia). UPDATE : Sekitar 50,000 Peserta Bersih Sudah Berada di Sekitar Kuala Lumpur!!
Seperti yang diketahui umum, hari ini bakal diadakan Perhimpunan Bersih 2012 (Bersih 3.0) bertempat di dataran Merdeka.
Walaupun mahkamah majisteret telah pun mengeluarkan perintah larangan pihak BERSIH mengadakan sekali mengadakan Perhimpunan Bersih 2012 (Bersih 3.0) di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur bermula pada hari (28 April 2012) sehinggalah 1 Mei 2012, tetapi pihak BERSIH akan tetap berhimpun seberapa dekat dengan lokasi Dataran Merdeka asalkan lokasi tersebut maish lagi mematuhi perintah mahkamah melarang mereka berkumpul di Dataran Merdeka.
Butiran Larangan Mahkamah Majisteret Mengenai Perhimpunan Bersih 2012 (Bersih 3.0)
- Larangan mengadakan perhimpunan Bersih 2012 (Bersih 3.0) di Dataran Merdeka
- Larangan juga merangkumi jalan-jalan yang menuju ke arah Dataran Merdeka
LIVE Perhimpunan Bersih 3.0
Semak berita terkini mengenai Perhimpunan Bersih 2012 (Bersih 3.0) di sini daripada masa ke semasa….LIVE Perhimpunan Bersih 2012 Setakat Pukul 1.40 petang
- 1.40 petang : Polis keluar kenyataan keadaan sekitar Dataran terkawal. Menurutnya, hingga jam 1pm, peserta 25,000.
- Menurut kenyatan pusat media polis kontinjen Kuala Lumpur, mereka dalam keadaan berjaga-jaga dan memantau keseluruhan perhimpunan BERSIH.
- “PDRM bertanggungjawab memastikan ketenteraman awam terpelihara agar tidak diganggu oleh mana-mana pihak,” kenyataan itu dipetik.
- Pasukan keselamatan juga menegaskan akan bertindak kepada pihak yang melampau batas dan melanggar perintah mahkamah yang melarang orang ramai berkumpul di Dataran.
- 1:33 petang : Pasar Seni – Polis membuat keputusan untuk meninggalkan sekatan di jambatan pejalan kaki yang menghubungkan stesen LRT Pasar Seni dan Dayabumi. Sesetengah penyokong menyertai Pak Samad bersolat. Pesera mula memenuhi jambatan untuk melihat protes di bawah.
- 1:30 petang : Pasar Seni – Seorang anggota Unit Amal PAS menjelaskan bahawa Pak Samad tidak ditahan polis tetapi duduk di atas jambatan pejalan kaki sebagai tanda bantahan terhadap tindakan polis menyekat kawasan itu. Dia berdiri di situ atas keputusannya sendiri.
- 1.30 petang : Dataran Merdeka – Kumpulan yang besar dari Kota Raya dan Petaling Street bergerak mendekati Dataran. Kota Raya dan Petaling Street kini kosong.
- Orang ramai yang paling hampir dengan benteng di Dataran Merdeka duduk di atas jalan raya, dengan lebih melaungkan “duduk” dan menyertai mereka. Anggota Unit Amal PAS membentuk benteng di hadapan benteng polis.
- Lapisan kawat duri, penghalang plastik dan pagar besi, memisahkan mereka daripada benteng kira-kira 100 anggota polis. Anggota FRU dengan trak meriam air di siap sedia tidak jauh dari situ.
- 1.23 petang : Pasar Seni – Pengerusi bersama BERSIH isytihar perhimpunan berjaya, akan mara sedekat mungkin kawasan dibenarkan sebelum duduk.
- 1:13 petang : Sejam menjelang perhimpunan BERSIH 3.0, jumlah peserta yang hadir setakat ini dianggarkan telah mencecah sekitar 50,000 orang.
- Pudu/Kotaraya/Petaling Street (orang ramai berarak dari KLCC) – 20,000
- Pasar Seni (bergabung dengan orang ramai dari Brickfields) – 15,000
- Masjid Jamek – 10,000
- TAR / Jalan Tun Perak / Jalan Parlimen – 10,000
- Masjid Negara – 5,000
LIVE Perhimpunan Bersih 2012 Setakat Pukul 12.50 tengahari
- 12.50 tengahari : Pasar Seni – Kumpulan kedua dari Brickfields, juga berjumlah ribuan orang, tiba di Pasar Seni untuk bersama dengan mereka yang sudah berada di situ.
- 12.43 tengahari : Masjid Negara – PKR presiden Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan ketua umum parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba bersama dengan pemerhati antarabangsa.
- 12.32 tengahari : Pasar Seni – Polis membentuk benteng manusia di Hang Kasturi Walk, laluan baru di sebelah Pasar Seni, walaupun beberapa peserta sudah lama melepasi mereka melalui satu kaki lima di situ. Peserta yang berdepan dengan benteng polis itu menyanyikan lagu Negaraku.
- 12.30 tengahari : Pasar Seni – Pak Samad duduk di atas tikar di belakang barisan polis di jambatan yang menghubungkan stesen LRT Pasar Seni ke Dayabumi, sambil membaca Al-Quran
- Apabila ditanya sama ada beliau ditahan, seorang anggota polis menjawab, “Beliau sedang berehat. Beliau mengambil gambar selama dua jam tadi, beliau letih. “ Apabila ditanyakepada sasterawan negara itu sama ada beliau ditahan, beliau hanya mengangkat bahunya.
- 12.14 tengahari : Masjid Negara – Beberapa pemimpin kini berada di Masjid Negara – Mohamad Sabu, Lim Kit Siang and Abdul Kadir Sheik Fadzir.
- 12.10 tengahari : Jalan Sultan – Selepas berehat kira-kira sejam, kira-kira 3,000 orang yang pada mulanya berkumpul di Jalan Sultan, sekarang berjalan melalui Jalan Petaling.
- 12:07 tengahari : Jalan Tun Perak – Kira-kira tiga trak FRU dan dua meriam air kelihatan di Dataran.Sekumpulan 500 penyokong dari Jalan Pudu menuju ke JalanTun Perak sambil melaungkan “BERSIH” dan “Stop Lynas”.
- 12:03 tengahari : Dua jam sebelum perhimpunan BERSIH 3.0, jumlah pesertanya dianggarkan kira-kira 35,000 orang di lokasi yang berlainan di pusat bandaraya di Kuala Lumpur.
- Pudu (peserta berarak dari KLCC) – 20,000
- Pasar Seni (bergabung dengan peserta dari Brickfields) – 10,000
- Jalan Petaling – 3,000
- Masjid Negara – 2,000
LIVE Perhimpunan Bersih 2012 Setakat Pukul 11.51 pagi
- 11.51 pagi : Pasar Seni – Unit Amal PAS (unit keselamatan) meminta peserta berkumpul di luar Pasar Seni kerana perhimpunan BERSIH 3.0 hanya akan bermula pada jam 2 petang.
- Kelihatan bersama orang ramai di situ ialah pengerusi bersama BERSIH Datuk S Ambiga dan pengarah komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad.
- 11.47 pagi : Dekat Dataran Merdeka – Di hadapan Majlis Peguam, kumpulan peserta termasuk aktivis wanita Irene Fernandez menyanyikan beberapa lagu, termasuk ‘Rasa Sayang’.
- 11.46 pagi : Pasar Seni – Peserta yang berarak dari Brickfields telah sampai ke Pasar Seni dan menerima sambutan gemuruh dari peserta di situ.
- “Reformasi, reformasi Hidup BERSIH!” jerit mereka. Berikutan itu, jumlah peserta itu di situ mencecah beberapa ribu orang.
- 11.40 pagi : Pasar Seni – Dari stesen LRT ke arah HSBC Bank Malaysia Berhad, kebanyakan kedai ditutup dan jalan-jalan kosong, nampak seperti zon perang atau kawasan dilanda bencana. Ratusan penyokong BERSIH dalam kumpulan yang bertaburan. Sesetengah restoran yang dibuka dipenuhi pelanggan berkemeja-T kuning.
- Pak Samad tiba di LRT Pasar Seni dan bergambar di jambatan yang menghubungkan stesen Dayabumi dengan berlatar belakang anggota polis yang berkawal di situ. Stesen tersebut beroperasi tetapi mesin tiket tidak berfungsi
- 11.38 pagi : Dataran Merdeka – Orang ramai di Persimpangan Jalan Tun Perak-Jalan Parlimen, berjumlah ribuan orang, sekarang berarak di sepanjang Jalan Kinabalu menuju ke arah Masjid Negara.
- 11.35 pagi : Brickfields – Peserta berjumlah kira-kira 1,000 orang, memecah benteng polis dan kini berarak ke arah Dataran Merdeka. Anggota polis kelihatan seperti membiarkan mereka lalu.
- 11.30 pagi : Brickfields – Kira-kira 1,000 orang cuba untuk berarak tetapi dihalang oleh kira-kira 60 anggota polis di Jalan Tun Sambathan. Kumpulan itu kini duduk di hadapan polis dan menyanyikan lagu Negaraku.
- 11.25 pagi : Jalan Tun Perak – Kumpulan Himpunan Hijau 3.0 sampai ke Menara Maybank, yang terletak tidak jauh dari Dataran Merdeka
- Oleh kerana jalan ke Dataran Merdeka telah ditutup, maka mereka menuju ke arah Pudu Sentral, tumpuan utama perhimpunan BERSIH tahun lepas
- 11.19 pagi : Masjid Negara – Sembilan trak polis baru melepas Masjid Negara menuju ke Dataran Merdeka. Mereka mendapat tepukan gemuruh orang ramai
- 11.15 pagi : Masjid India – Jumlah orang ramai semakin bertambah di luar bangunan BSKL
- 11.15 pagi : Masjid Negara – Empat trak polis meninggalkan kawasan tersebut.
- 11:13 pagi : Jalan P Ramlee – Peserta Himpunan Hijau berarak dari KLCC ke arah Jalan Raja Chulan.
- Mereka melaungkan “Bersih” dan beberapa peserta membantu memudahkan aliran trafik.
- Dianggarkan jumlah peserta sudah mencecah 20,000 orang di lokasi berlainan di sekitar bandaraya Kuala Lumpur.
LIVE Perhimpunan Bersih 2012 Setakat Pukul 10.55 pagi
- 10.55 pagi : Masjid Negara – Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu tiba di Masjid Negara dan diberikan sambutan wira oleh orang ramai.
- 10.54 pagi : KLCC – Beberapa orang ditangkap di sini selepas orang ramai, dianggarkan 10,000 orang, mula berarak ke arah Masjid Jamek.
- Mereka memecah benteng polis di Jalan Ampang.
- 10.53 pagi : Masjid India – Para anggota Unit Amal menerajui kira-kira 5,000 peserta untuk melepasi benteng polis di persimpangan di luar Public Bank, berhampiran hujung utara Dataran Merdeka.
- KLCC – 5,000
- 10.51 pagi: Tiga jam sebelum perhimpunan Bersih 2.0 pada jam 2 petang, dianggarkan 15,000 peserta sudah berada di lokasi berlainan di sekitar pusat bandaraya Kuala Lumpur.
– Jalan Sultan – 4,000
– Masjid Jamek – 2,000
– Masjid Negara – 1,000
– Berhampiran Dataran Merdeka – 3,000
- 10.40 pagi : KLCC – Kumpulan Himpunan Hijau 3.0 mula bergerak. Pengerusinya, Wong Tack dan ahli jawatankuasanya mengetuai kira-kira 5,000 orang berarak di sepanjang Jalan Ampang menuju ke Suruhanjaya Tinggi Australia.
- 10.34 pagi : Setakat ini, tidak kelihatan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) di pusat bandar. Juga tidak kelihatan trak meriam air setakat ini.
- 10.31 pagi : Tweet dari PDRM – 8 objek disyaki bahan letupan dikesan di luar Menara Dayabumi.
- Sementara itu, polis KL mengumumkan di Facebook bahawa mereka telah menutup 58 jalan di bandaraya KL bermula dari jam 6 pagi sehingga notis selanjutnya.
- 10.20 pagi : Masjid Negara – Kira-kira 100 orang mendengar ucapan di halaman masjid tersebut.
- 10.19 pagi Brickfields – Peserta mula mengedarkan belon dalam bentuk permainan popular komputer – Angry Birds.
- 10.16 pagi : Dataran Merdeka – Benteng polis berhampiran ibu pejabat Majlis Peguam menjadi tumpuan pelancongan untuk bergambar di situ.
- 10.15 pagi : Bangsar – Pengerusi Bersama BERSIH Datuk A Samad Said baru menaiki LRT yang penuh sesak di stesen Bangsar. Orang ramai bertepuk ketika beliau masuk ke dalam koc.
- 10.05 pagi : Brickfields – Kira-kira 50 peserta memaki baju-T BERSIH berhimpun di luar luar Old Town Coffee Shop di Jalan Thambypillai.
- Menurut sesetengah peserta, mereka sama ada bermalam di hotel berdekatan atau ikut orang ramai apabila tiba di KL Sentral.
- “Saya tidak tahu bagaimana nak ke di Brickfields. Saya hanya ikut yang lain apabila saya keluar dari stesen kereta api.” kata Kelly Tui.
- 10:03 pagi : JLN TUN PERAK Suasana makin meriah dengan sorakan, persembahan silap mata.
LIVE Perhimpunan Bersih 2012 Setakat Pukul 9.57 pagi
- 9.57 pagi : Central Market – Sekumpulan kecil sibuk meneliti salinan perintah mahkamah yang ditampal di tiang lampu. Perintah mahkamah itu melarang ahli jawatankuasa pemandu BERSIH memasuki Dataran Merdeka.
- 9.40 pagi: Dataran Merdeka – Simpang Jalan Tun Perak-Jalan Tunku Abdul Rahman merupakan titik perhimpunan utama dengan orang ramai mencecah kira-kira 3,000 orang yang menyanyi dan melaungkan slogan. Kelihatan ratusan anggota polis tetapi tiada kelihatan anggota FRU.
- 9.42 pagi : Pasar Seni: 60 anggota polis telah membentuk barisan di Leboh Pudu, bagi mencegah kenderaan masuk ke Medan Pasar dan Jalan Lebuh Pasar. Walau Bagaimanapun, peserta berjalan kaki dibenarkan lalu.
- 9.37 pagi : KLCC – Anggota jawatankuasa anti-cyanide Bukit Koman dari Raub, Pahang membawa kain rentang dan poster untuk menyuarakan rasa tidak puas hati mereka terhadap syarikat perlombongan emas Australia yang menggunakan cyanide untuk mengekstrak emas.
Jumlah orang ramai di KLCC meningkat kepada 1,000 dan emosi mereka tinggi dan semakin tinggi.- 9.35 pagi : JALAN SULTAN/JLN HANG JEBAT Polis buat perisai manusia halang orang ramai ke Yang Keng Benevolent Dramatic Association.
- 9.25 pagi : JALAN Tunku Abdul Rahman (TAR) – Beratus-ratus penyokong BERSIH telah berkumpul di lorong belakang JALAN TAR berhampiran Masjid India, ramai di antara mereka memakai baju-T BERSIH atau baju kuning.
- Terdapat sekumpulan orang muda yang mendiri sebuah gerai di sini untuk menjual baju-T BERSIH dan ‘Free Education’.
- Polis menutup Jalan TAR dan Jalan Parlimen. Manakala kira-kira 100 anggota polis membentuk benteng manusia do Jalan TAR, di hadapan Sogo, peserta dapat mengelak benteng polis dengan menggunakan lorong belakang untuk pergi ke Masjid India dan Jalan Tun Perak.
- Orang ramai melepak, duduk di hadapan kedai dan berbual sementara menunggu perhimpunan duduk bantah bermula.
- 9.21 pagi : Jalan Tun Perak – Kira-kira 1,000 orang berkumpul di sepanjang jalan tersebut yang ditutup kepada kenderaan.
- Ramai yang duduk di sepanjang laluan kaki lima dan berdiri di tengah-tengah jalan.
- 9.20 pagi : Masjid Jamek LRT – Sekumpulan peserta BERSIH yang berpakaian kuning, berkumpul di luar stesen LRT, ada yang duduk di tepi jalan.
- Jalan menuju ke Jalan Tun Perak dan Bangkok Bank ditutup kepada semua kenderaan. Terdapat kira-kira 50 anggota polis di kawasan itu. Kelihatan tiga trak polis dan sebuah van.
- 9.15 pagi : MASJID NEGARA 500 orang berkumpul di perkarangan masjid.
- 9.18 pagi : Pasar Seni – Kira-kira 100 anggota polis berbaris di belakang benteng di Lebuh Pasar Besar.
- Orang ramai yang berada di depan sekatan jalan bertambah kepada 100 orang. Mereka menonton aktivis mengadakan persembahan muzikal.
- 9.20 pagi : MASJID JAMEK Jln dari Jln Tun Perak ke Bangkok Bank ditutup. Peserta berhimpun di LRT
- 9.15 pagi : KLCC – Pintu masuk ke KLCC menghadap Bangunan Public Bank dan pintu masuk utama ke Menara Berkembar ditutup.
- Ketua Pemuda MCA Indera Mahkota David Choi, walaupun menghadapi tindakan disiplin parti kerana menyokong Himpunan Hijau, dilihat berada di kalangan orang ramai.
- Pemuda MCA Bahagian Indera Mahkota merupakan satu-satunya bahagian parti itu yang menentang loji nadir bumi yang terletak di Gebeng, Pahang.
- Peserta yang kini berjumlah kira-kira 500 orang selepas disertai kumpulan lain yang berada di taman KLCC mula melaungkan “Stop Lynas”.
- Kira-kira 100 anggota polis membentuk tembok manusia untuk menghalang orang ramai daripada berhampiran pintu masuk.
- 9:14 pagi : JALAN TUN PERAK menghala Jln Datuk Onn ditutup. 50 polis kelihatan berkawal.
- 9.00 pagi : JALAN PETALING, DEKAT HOTEL LOK ANN Seorang gadis berbaju kuning beri bunga polis bernama Yap, minta sokong BERSIH. Yap tak ambil dan hanya tersenyum. Orang ramai dan anggota polis lain bertepuk tangan.
- Anggota polis dilihat mengawal beberapa lokasi utama, termasuk Yang Keng Benevolent Dramatic Association di persimpangan Jalan Sultan dan Hang Jebat.
- 9.09 pagi : KLCC 500 berkumpul di taman dekat pintu masuk Suria & mula melaungkan slogan anti-Lynas.
LIVE Perhimpunan Bersih 2012 Setakat Pukul 8:55 pagi
- 8.55 pagi : SIMPANG MRR1 ke Jalan Sultan Salahuddin, sekatan jalan raya. Kenderaan tidak dibenarkan masuk.
- 8.51 pagi : JALAN DUTA Sekatan jalan raya, semua kereta dihalang memasuki Jln Parlimen.
- 8.48 pagi : PERSIMPANGAN DEPAN SOGO ditutup. Jalan menuju Dataran Merdeka ditutup, pemandu dilencongkan ke JALAN DANG WANGI. 150 polis berkawal.
- 8.40 pagi : JALAN IMBI, JLN BKT BINTANG menuju Jln Sultan Ismail, lancar tanpa sekatan jalan raya.
- 8.32 pagi : KLCC AVENUE K Ratusan penyokong Himpunan Hijau berkumpul. 150 polis berseragam mendengar taklimat daripada atasan mereka.
- 8.30 pagi : JALAN TUN SAMBANTHAN menuju Pasar Seni di tutup. Helikopter berlegar di udara.
- 8.24 pagi : JALAN TRAVERS//BRICKFIELDS Trafik lancar tanpa sekatan jalan raya. Peserta belum kelihatan.
- 8.00 pagi : JALAN PETALING – Peserta mula berkumpul, termasuk sekumpulan seniman dengan alat muzik. Gerai sekitar penuh sesak.
- 8.00 pagi : JALAN PETALING – Peserta mula berkumpul, termasuk sekumpulan seniman dengan alat muzik. Gerai sekitar penuh sesak
0 ulasan:
Catat Ulasan