Selangor sah tempat ketiga
Balaban cuba melepasi pemain Sabah, Radzi Mohd Hussin dalam saingan Liga Super, malam tadi. - Foto Luqman Hakim Zubir
Shah Alam: Selangor mengesahkan tempat ketiga Liga Super musim ini dan layak ke Piala AFC 2013 selepas menewaskan Sabah 3-2 pada aksi kedua terakhir liga di Stadium Shah Alam, malam tadi.Kekalahan Sabah itu meletakkan skuad kendalian jurulatih sementara, Andrew Majanggim kekal di tangga kedua tercorot liga, sekali gus sah akan beraksi playoff untuk turun ke Liga Perdana musim depan.
Penjaga gol Sabah, Syed Adney Syed Hussein terus tewas buat kali ketiga hanya dua minit selepas babak kedua bersambung menerusi bola lambungan menarik penyerang import Selangor dari Croatia, Bosko Balaban.
Sabah bagaimanapun berjaya merapatkan kedudukan menerusi Brendan Gan pada minit ke-84 dan rembatan susulan Rozaimi Abd Rahman minit ke-88 selepas sepakan penaltinya ditepis penjaga gol Selangor, Norazlan Razali.
Namun sehingga wisel penamat, Sabah gagal mendapatkan gol penyamaan.
0 ulasan:
Catat Ulasan