Apa Itu Programming/Pengaturcaraan ?

Kepada adik2 yg nak belajar web programming, jangan mula dengan "magic" mcm dreamweaver dan lain2 . Sebab benda2 tu dibuat utk orang cerdik dan berpengetahuan bukan utk orang bodoh ...
Mula dari basic, kenal HTML tag, kenal form tag , belajar camna form berfungsi . kalau rajin, belajar juga basic C dan Cplusplus . belajar pasal font, size, css , camna nak gabung 2 font jadi satu font guna css .
Pastu up kepada kenal server , web development environment , linux os , homestead, belajar guna xampp, wamp , easyphp . jangan batak sangat duk guna yg lect bg jer atau pun yg lect ajar jer . belajar guna phpmyadmin, kenal dbms yg len, x wajib tp harus .
Pastu kenal basic php , assign variable, manipulate data , kenal camna html form + php . kenal apa tu get method, apa tu post method . agak2 dah faham dengan praktikal ,
Pastu kenal plak apa tu html4 dan php4 dan kenal html5 dan php5. apa beza dia , tang mana beza dia .
Baru proceed ngn mysql , belajar connect dan queries mysql ke layout, belajar validate data guna get method "==" method, dan lain2. agak2 dah boleh buat form submit ke database dan display blik ke layout .
Belajar plak database relationship , one to one, one to many, many to many . belajar camna nak assign satu table kepada table yg lain guna one to many dan reverse relationship guna many to one , ingat lect x ajar benda2 nih .
Pastu baru belajar apa tu bootstrap, apa tu jquery .... apa tu javascript , camna nak deploy javascript dlm html , camna nak deploy javascript dlm php , camna nak balun bootstrap + php, camna nak split layout dan programming code, tang ni kenal plak apa itu ajax, ingat dik kat U pun x ajar ajax ni walaupun programmer dah mula pakai sejak tahun 2008 .
Agak2 dah boleh buat chatbox mcm pesbuk nih, proceed plak ke kenal apa tu Object Oriented Programming php, PDO php, Procedural php . pastu kenal plak apa tu MVC ...
Rasa2 kepala hotak tu dah faham baru , belajar framework .... , baru belajar dreamweaver dan lain2 ..
Dah advance skit baru belajar API , contoh nak gabung facebook login dan sistem korang , nak gabung Telegram ngn sistem korang . Camna post kat fb tp muncul kat sistem .
Apa ko ingat ak hadam semua nih dalam seminggu? abg ni belajar dan buat web sejak tahun 2001 lagi ..... belajar sampai mati .............

Daripada : 

Razif Isaac (九红龙)

Anak Tukang Kayu Terima Anugerah Kecemerlangan Pada Konvokesyen PSP

BUKIT MERTAJAM, 5 Sept (Bernama) -- Anak kepada seorang tukang kayu menjadikan kesusahan ayahnya sebagai pembakar semangat untuk berjaya dalam pelajaran.

Chiow Yi Han, 21, graduan Diploma Pengurusan Logistik dan Rangkaian Bekalan berkata kehidupan keluarganya yang susah banyak mendorongnya untuk belajar bersungguh-sungguh sehingga berjaya memperolehi purata nilai gred kumulatif (CGPA) 3.95.

"Ayah saya, Chiow Choong Heng adalah tukang kayu dan menghasilkan perabot buatan sendiri bagi menyara kami sekeluarga manakala ibu, Tan Saw Chen membuka gerai menjual roti bagi menampung perbelanjaan.

"Sejak mula masuk ke PSP (Politeknik Seberang Prai) saya berazam untuk mengubah nasib kami dan hanya ada satu cara sahaja iaitu belajar bersungguh-sungguh dan memperoleh kejayaan untuk mendapat pekerjaan yang baik," katanya kepada pemberita pada Sabtu.

Beliau berkata demikian selepas menerima Anugerah Kecemerlangan Akademik Kurikulum PSP pada majlis konvokesyen.

Anugerah disampaikan Penasihat Khas Perdana Menteri bagi Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER), Datuk Seri Zainal Abidin Osman sempena Konvokesyen PSP Ke-15 di sini.

Seramai 1,432 pelajar menerima diploma masing-masing pada majlis yang berlangsung selama dua hari bermula hari ini.

Sementara itu, seorang lagi penerima Anugerah Kecemerlangan Akademik Kurikulum, Azyzul Jamingan, 25, berkata beliau gembira dipilih menerima anugerah berkenaan dan berharap ia menjadi contoh terbaik kepada tiga adiknya yang lain.

Anak sulung itu berkata beliau tekad untuk berjaya bagi membantu meringankan beban keluarga kerana hanya ayahnya sahaja yang bekerja manakala ibunya suri rumah sepenuh masa.

"Bila rasa tertekan masa belajar, saya akan tidur dan bila bangun, selalunya saya lupakan masalah dan sambung ulang kaji seperti biasa.

"Saya kini sudah bekerja sebagai perancang produksi di Simpang Renggam, Johor dan berhasrat untuk menyambung pengajian jarak jauh (PJJ) selepas ini," kata graduan Diploma Kejuruteraan Mekanikal Am.