Memaparkan catatan dengan label chinese. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label chinese. Papar semua catatan

Ziana Zain Kini Bertudung



Sejak kebelakangan ini, penampilan penyanyi terkenal Ziana Zain telah menjadi tajuk perbincangan ramai selepas penyanyi ini dikatakan telah berhijab. Namun, Ziana sendiri tidak mengesahkan perkara ini sehinggalah pada 15 Julai lalu apabila dia mengakui tampil dengan imej bertudung. 
 
Memetik laporan portal hiburan Murai, Ziana menjelaskan penghijrahannya di bulan Ramadan ini adalah kurniaan yang amat besar dan berkat doa yang telah dimakbulkan Allah SWT.
 
“Ini adalah hadiah yang Allah SWT berikan kepada saya, sebuah ganjaran yang dijanjikan setelah tidak putus-putus doa daripada peminat, kawan-kawan dan yang paling termakbul adalah doa kedua ibu bapa saya.
 
“Allah SWT telah berikan apa yang mereka semua pohon, sementara itu juga dibukakan pintu hati saya menerima syariat agama ini. Setelah beberapa tahun saya memasang niat, akhirnya hari yang dinanti sudah tiba. Perasaan yang datang itu bukan rasa yang biasa tetapi kuasa yang luar biasa," ujar Ziana yang mengharapkan hijrahnya ini kekal ke akhir hayat.
 
Dalam pada itu, Ziana menjelaskan karier seninya akan berjalan seperti biasa namun akan lebih menjaga penampilannya dengan sebaik mungkin. Ziana juga terharu dengan sokongan daripada keluarga terutama anak-anak dan mengharapkan sokongan yang tidak berbelah bagi daripada peminatnya.

Harga Baru Lesen Kereta Dan Motor 14 Julai 2014

Harga Baru Lesen Kereta Dan Motor 14 Julai 2014. Seperti yang diketahui umum, harga lesen memandu untuk kereta iaitu kelas (D) dan lesen motor iaitu kelas (B2) akan dinaikkan bermula 14 Julai 2014. Kenaikkan harga lesen ini berikutan pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP) yang dinaik taraf oleh JPJ mulai 14 Julai 2014. Pembaharuan dalam pengambilan kelas memandu ini merangkumi 3 elemen yang dinaiktaraf iaitu kelas KPP, buku teks KPP sukatan pembelajaran baharu, dan juga format ujian berkomputer. Berikut disenaraikan harga baru untuk lesen memandu kereta dan motor.

Harga Baru Lesen Kereta Dan Motor 14 Julai 2014

Mulai 14 Julai 2014 harga lesen memandu Kelas D dan Kelas B2 akan dinaikkan seperti berikut.

* Kereta Kelas D – RM 1300 akan naik ke RM 2000 * Motorsikal Kelas B2 – RM 600 (termasuk yuran lesen) akan naik ke RM 1050

Senarai Harga Baru Lesen Kelas D (Kereta Manual)

  harga-kelas-D

Senarai Harga Baru Lesen Kelas B2 (Motorsikal)

harga-kelas-b2

Gadis Peugeot CDM25 terlajak biadab

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, memang naik darah aku bila tengok seorang gadis yang menaiki kereta Peugeot dengan plate no CDM25 mengamuk macam kena histeria hanya kereta baru tercalar sedikit. Mungkin dia tak menyangka lagak samsengnya telah dirakam oleh seseorang dan menjadi trending di sosial media. Ramai lagi pemandu lain yang terlibat kemalangan yang lebih hebat dari ini tetapi tidak bertindak mengetuk-getuk kereta yang melanggar.

Aku sendiri ada pengalaman beberapa kali dilanggar dan melanggar kereta orang lain tapi tak lah nak mengamuk macam ini. Tak percaya baca kisah aku langgar kereta seseorang di entri “Malang tidak berbau“. Kita ada tuhan bila berlaku sesuatu mesti ada sebabnya. Paling teruk peristiwa ini berlaku di bulan Ramadhan ketika umat Islam dikehendaki bersabar dengan ujian tapi gadis ini meroyan macam tak puasa.

Daripada siasatan yang di keluarkan oleh sebuah blog Asamboi.my kereta Peugeot CDM25di daftarkan atas nama syarikat Rangkaian Kerja Kahwin Sdn Bhd yang beralamat di Puchong.

can

1 2 logo troll

Sumber dari : http://denaihati.com.my/gadis-peugeot-cdm25-terlajak-biadab