Hujan AIS

Hujan air batu kejutkan Bukit Jalil, perkhidmatan LRT turut terjejas
Hujan air batu tersebut antara lain membawa ketulan ais sebesar ini. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Penduduk di Bukit Jalil di sini petang tadi dikejutkan dengan kejadian hujan air batu di beberapa kawasan, berikutan cuaca ribut yang turut menumbangkan beberapa batang pokok besar termasuk di Taman Teknologi Malaysia.

Hujan ribut itu bermula pada jam 6 petang hingga mencetuskan panik dalam kalangan pekerja pejabat kerajaan dan swasta di sekitar kawasan berkenaan.

Keadaan ribut yang membawa hujan air batu sempat dirakamkan oleh seorang netizen.

Beberapa pekerja pejabat yang baru hendak pulang dari kerja terkejut apabila melihat beberapa buah kenderaan turut rosak teruk akibat dihempap pokok.

“Kami sedang berada dalam pejabat ketika terdengar bunyi yang kuat di luar bangunan. Seperti ada kekecohan berlaku, saya dan teman pejabat bergegas untuk melihat apa yang berlaku.

“Kami terkejut apabila mendapati kira-kira 10 buah kenderaan di kawasan pejabat saya dihempap pokok. Kira-kira dua atau tiga kenderaan mengalami kerosakan teruk ,” ujar seorang pengarang radio, Mogan Muniandy kepada Astro AWANI.

Hujan ribut itu bermula pada jam 6 petang hingga mencetuskan panik dalam kalangan pekerja pejabat kerajaan dan swasta di sekitar kawasan berkenaan.
Antara kenderaan yang mengalami kerosakan teruk akibat dihempap pokok dalam kejadian ribut di Bukit Jalil. - Foto Astro AWANI


Sementara itu, jurucakap Prasarana Berhad memberitahu Astro AWANI, perkhidmatan LRT terjejas antara stesen Cheras dan Sri Petaling akibat gangguan bekalan kuasa.

Pihak Prasarana menyediakan bas perantara bagi kemudahan penumpang yang terjejas.

Ketika ini, beberapa pihak difahamkan mula mengalihkan serpihan objek yang menghalang laluan.
Hujan air batu kejutkan Bukit Jalil, perkhidmatan LRT turut terjejas
Saksi berkata kira-kira 10 kenderaan mengalami kerosakan teruk akibat dihempap pokok yang tumbang sewaktu ribut. - Foto Astro AWANI


Penduduk di beberapa kawasan sekitar Bukit Jalil dihujani ketulan ais seperti ini pada petang tadi. - Foto Astro AWANI
Penduduk di beberapa kawasan sekitar Bukit Jalil dihujani ketulan ais seperti ini pada petang tadi. - Foto Astro AWANI

0 ulasan: