Memaparkan catatan dengan label berita. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label berita. Papar semua catatan

Lelaki Cina BIADAP ! Langgar Anak Yatim Hingga Mati Dan Melarikan Diri


KUALA SELANGOR - Seorang lelaki Cina dibelasah sekumpulan lelaki Melayu di sebuah restoran selepas terlibat dalam kemalangan yang meragut nyawa seorang wanita.

Dalam kejadian yang berlaku di Assam Jawa itu, lelaki terbabit dibelasah orang ramai kerana didakwa melarikan diri dan makan di restoran bersama dengan ahli keluarganya setelah melanggar seorang penunggang motosikal wanita.

Difahamkan, mangsa berusia 30'an yang juga anak yatim, dalam perjalanan pulang kerja dari Shah Alam. Apabila tiba di satu simpang, mangsa cuba memberi laluan kepada suspek. Namun suspek memandu dengan laju lalu merempuh mangsa menyebabkan mangsa tercampak ke dalam longkang bersama dengan motosikalnya. 

Ketika ditemui, mangsa dikatakan masih bernyawa dan dipercayai lehernya patah. Suspek juga dikatakan sempat menjenguk mangsa yang berada di dalam longkang. Namun bertindak meninggalkan mangsa dan pergi makan di restoran berhampiran.

Orang ramai yang berjaya mengesan kereta suspek, terus bertindak menahannya di restoran terbabit untuk diserahkan kepada pihak polis. Malangnya, suspek melawan dan berlaku sedikit pergelutan sebelum suspek mengalah dan melarikan diri masuk ke dalam kereta peronda polis yang tiba di lokasi.




Mangsa di sebelah kanan

Suspek kes langgar sedang makan di restoran.

Kereta suspek


Mangsa

Masa untuk perbaiki diri



BUKAN mahu mengikut trend semasa jauh sekali dipaksa, jelas Ziana Zain niat bertudung sudah ada dalam hatinya sejak bertahun-tahun lamanya. Bagaimanapun Ramadan kali ini menjawab kehendak dirinya itu. Percaya ini hadiah terbaik buat diri, perlu dia ingatkan diri agar tidak terlalu drastik menampilkan kelainan.
Cukup sekadar bersederhana, harapan Ziana juga agar keputusan ini mampu membawa dirinya ke tahap yang berbeza demi kebaikan. Bersyukur diberikan segala kemudahan untuk meneruskan niatnya ini, fokus Ziana kini hanya mahu memperbaiki diri.
Mendapat sokongan penuh daripada keluarga, wanita ini juga tidak lupa berterima kasih kepada peminat setianya yang tidak putus-putus mendoakan dia segera bertudung. Malah dia sendiri tidak menyangka di kala umurnya yang sudah mencapai 46 tahun perasaan yang dihadiahkan Allah membuka hatinya untuk bertudung.
“Bila saya letak gambar bertudung bersama anak-anak, saya lihat banyak komen positif. Memang saya tersentuh memandangkan ada di antara komen itu menyatakan dia memang sudah lama mendoakan saya bertudung.
“Saya anggap ini hadiah Ramadan terbaik buat saya. Memang tidak saya nafikan perasaan untuk bertudung itu sudah lama, akhirnya Allah buka hati saya, sehingga kini saya tidak akan tinggalkan rumah tanpa tudung," katanya ketika di temui di majlis Syawal Berlian Safi Rania Diamond di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Dengan berita ramai artis bertudung kini, nampaknya Ziana juga tidak terlepas mendapat hidayah yang sama. Menolak mahu mengikut mana-mana artis, jujur dari hatinya Ziana, dia sangat selesa dengan imej terbaru. Jelasnya lagi, tidak ada salahnya lebih ramai artis bertudung kini memandangkan ia adalah sesuatu yang baik.
“Saya fikir ini satu kebetulan ramai artis bertudung kini, bagi saya sendiri niat saya itu telah lama. Pada bulan mulia ini semuanya dipermudahkan. Alhamdulillah.
“Saya fikir ini perkembangan yang baik bila lebih ramai artis bertudung, tetapi saya tidak boleh komen banyak sebab setiap kesedaran itu berbeza untuk setiap insan," katanya.
Tidak menolak sudah memasang niat sejak lima tahun lalu, namun pada awal tahun ini perasaan untuk bertudung itu semakin kuat sehingga membolehkan dia membuat keputusan ini. Ziana turut tidak menolak permintaan ibunya untuk bertudung sejak awal Ramadan lalu sedikit sebanyak menyumbang kepada imej terbarunya kini.
“Sebenarnya ibu saya sudah menasihati agar bertudung dalam bulan baik ini, pada mula lagi saya sudah rasa seronok memakai tudung. Malah bila perasaan itu datang rasanya sukar untuk saya jelaskan.
“Orang pertama yang tahu adalah suami (Armin Zaharin) saya, memang dia seronok. Sudah lama dia mahu perubahan ini, tetapi dia tahu kesedaran itu harus datang dari dalam diri saya. Semuanya berlangsung lebih mudah bila kita tahu apa itu wajib dan harus dalam agama," katanya.
Bercakap soal karier, Ziana tidak pernah membayangkan dia tidak lagi bergelar penyanyi. Sehingga ke hari ini dia masih seorang yang sama. Tiada istilah hipokrit. Pintanya agar mereka di luar sana tidak mengharapkan perubahan drastik memandangkan dia tetap Ziana Zain yang sama.
“Saya akan terus menyanyi, seperti biasa. Selagi ada permintaan. Sehingga kini fokus karier dan keluarga tidak pernah menjejaskan saya.
“Malah untuk produk yang diwakili saya pula, pihak Safi Rania Diamond juga tidak lihat penampilan baru ini sebagai suatu masalah. Saya tidak pernah terfikir ini akan menjejaskan rezeki saya memandangkan rezeki itu ketentuan Allah," katanya.
Ziana atau nama sebenarnya Siti Roziana Zain memang sudah dikenali sebagai ikon fesyen yang berjaya. Kata Ziana lagi tiada apa yang akan membataskan dia untuk terus tampil dengan fesyen terkini selagi mengikut batas agama.
“Tiada salahnya untuk seorang artis seperti saya mengikut perkembangan fesyen terkini. Setiap masa juga saya akan pastikan kemas kini fesyen terbaru.
“Buat apa mahu hipokrit, saya tetap Ziana yang sama. Jadi dari segi lain saya tidak akan ubah apa-apa tentang diri saya. Cumanya saya tahu saya masih awal bertudung jadi banyak perkara yang saya akan belajar," katanya.
MH 17
Pernah bergelar pramugari, jelas Ziana kisah tragik pesawat MH17 sedikit sebanyak memberi kesan kepada dirinya. Penyanyi Madah Berhelah ini dia berharap agar Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) mendapat penuh sokongan dari penduduk di negara ini.
“Ada di antara mereka itu rakan baik suami saya juga. Justeru, saya harap dalam keadaan begini, kita semua bersatu beri sokongan, jangan timbulkan spekulasi, hormati kaum keluarga mangsa," katanya.
Sehingga kini suaminya masih lagi bekerja dengan syarikat penerbangan tersebut. Akui trauma dengan kejadian demi kejadian yang menimpa, namun itu tidak bermakna dia mahu suaminya Armin Zaharin untuk berhenti dari meneruskan khidmat bersama MAS.
“Kalau cakap soal mati, di mana-mana juga kita boleh mati, sebab itu saya tidak rasa kita perlu takut soal itu. Jadi kita tawakal. Apa yang berlaku ini sudah tertulis, kita doa sahaja yang terbaik," katanya.
Mengingati kembali bagaimana suaminya menerima berita ketika pepesawat itu terhempas di timur Ukraine berdekatan sempadan Russia pada 17 Julai lalu, Ziana agak terkejut melihat perubahan wajah suaminya ketika itu. Bukan mudah juga untuk Armin menerima berita ini memandangkan kesemua yang terlibat merupakan rakan sekerja.
“Pada mulanya dia diberitahu melalui telefon oleh rakan-rakannya, selepas itu dia suruh saya menukar siaran televisyen untuk melihat sendiri laporan berita antarabangsa.
“Kami berdua menggigil, terkejut kerana ramai di antara mereka merupakan kenalan. Sedihnya, ketika ini mereka sudah tiada. Kita doakan semoga jenazah mereka dapat diuruskan dengan baik," katanya.

Meor Mohd kejar kualiti



Gemar mengubah wajah mengikut karakter yang dibawa menggambarkan betapa pelakon ini amat mementingkan kesempurnaan dalam setiap lakonannya. Ini kerana penampilan diri yang berbeza mengikut kehendak watak membantu seseorang pelakon untuk lebih menghayati lakonan yang dibawa.
Nama Meor Mohd Afif mungkin jarang menjadi sebutan, namun watak yang dibawanya pasti meninggalkan kesan dan ingatan kepada penonton, lebih-lebih lagi menerusi drama bersiri Tanah Kubur. Dalam drama yang disiarkan di Astro Oasis itu, dia membawa watak sebagai Adam.
Selain drama Tanah Kubur, antara drama-drama lain yang turut melonjakkan nama Meor Mohd dalam industri lakonan tanah air adalah Dejavu di Kinabalu, Dahlia dan Kusinero Cinta yang mana dia turut berpeluang bergandingan bersama nama-nama besar seperti Aaron Aziz, Dira Abu Zahar, Jericho Rosales dan ramai lagi.
Sempena hari raya ini juga, sebuah lagi Teleraya terbaru lakonannya akan disiarkan di Astro Oasis. Teleraya bertajuk Syurga Untuk Lelaki itu merupakan arahan Rashid Sibir yang turut dibintangi Namron, Tasha Shila dan Fauziah Nawi yang akan disiarkan pada 30 Julai ini pukul 10 malam.
Menurut pelakon muda ini, dia kini menumpukan 100 peratus perhatian dalam kerjaya lakonan. Namun begitu, apa yang paling diutamakannya adalah kualiti hasil daripada komitmen yang diberikan dan bukannya hanya ingin mengejar populariti semata-mata.
"Saya mahu orang kenal saya dengan nama watak yang dilakonkan. Apabila orang boleh mengenali saya dengan watak yang dibawa, ini bermakna saya telah berjaya melakukan transformasi dalam setiap lakonan, selain membantu meningkatkan lagi kemahiran dan kreativiti yang dimiliki.
"Tambahan lagi, penonton sekarang sudah bijak menilai lakonan dan drama yang berkualiti. Mereka boleh mentafsir sendiri sama ada seseorang pelakon itu betul-betul memberikan komitmen untuk menjayakan watak atau tidak," jelasnya.
Menjadikan P.Ramlee, Jalil Hamid, Kaza dan Wan Maimunah sebagai idola dalam bidang lakonan. Ini kerana dia menyifatkan pelakon-pelakon tersebut mampu menjadikan lakonan sebagai bukan sekadar lakonan atau dalam erti kata lain berlakon secara semula jadi dan seperti satu realiti.
Utamakan ibu bapa
Mengakui namanya tidak sepopular pelakon-pelakon lain walaupun telah menceburi dunia lakonan selama empat tahun, namun itu tidak bermakna dia perlu berhenti melakukan perkara yang diminatinya.
"Untuk terus bertahan dalam industri, saya berpegang kuat kepada prinsip iaitu mengapa perlu malu melakukan perkara yang kita tidak patut malu dan kenapa tidak malu melakukan perkara yang kita patut malu.
"Selain itu, saya juga meletakkan kedua ibu bapa saya di hadapan terlebih dahulu sebelum melakukan sesuatu perkara. Saya sentiasa memikirkan untuk melakukan yang terbaik buat mereka. Ini kerana agama menyuruh kita mengutamakan ibu bapa kita dalam setiap pekerjaan yang dilakukan.
"Jadi, nasihat saya kepada para remaja yang bercita-cita untuk menjadi pelakon atau ingin menceburi apa jua bidang, pastikan agama didahulukan dengan menjaga solat.
Tanamkan dalam fikiran bahawa Islam perlu ditegakkan dalam diri terlebih dahulu, kemudian barulah Islam akan tegak dengan sendirinya di sekeliling kita," kata Meor.
Bercinta selepas nikah
Menurut pelakon berusia 25 tahun ini, Aidilfitri kali ini lebih bermakna dengan kehadiran ahli baru dalam keluarganya. Ini merupakan tahun pertama Meor Mohd menyambut Aidilfitri sebagai suami apabila dia baru sahaja mendirikan rumah tangga bersama gadis pilihannya pada 30 Mei lalu.
"Walaupun masa perkenalan bersama isteri agak singkat, tapi saya sangat bersyukur kerana dia merupakan seorang yang matang dan sangat memahami. Oleh kerana itu, saya tidak teragak-agak memilihnya sebagai suri rumah," katanya.
Berkongsi cerita mengenai kenangan hari raya yang paling bermakna buatnya, katanya dua tahun lalu dia dapat membelikan kelengkapan hari raya untuk seluruh ahli keluarganya dengan menggunakan hasil titik peluh sendiri.
"Saya akan menghabiskan cuti hari raya pertama bersama keluarga, manakala hari raya kedua dan ketiga pula, saya akan berkonvoi beramai-ramai menziarahi rakan-rakan sekampung," cerita Meor Mohd lagi yang menjadikan laksa dan rendang tok sebagai menu wajib hari raya. - FATIEHAH/ NOOR AZLINA JAAFAR

Gelagat teruna berbelanja



SATU senario yang pastinya muncul tatkala menyambut perayaan utama di negara ini seperti Hari Raya Aidilfitri adalah tabiat membeli-belah di saat akhir di lokasi-lokasi tertentu yang pastinya menjanjikan ‘pulangan’ yang berbaloi untuk si ‘pelabur’.
Tanpa mengira peringkat usia mahupun kelompok tertentu, fiil tersebut diamalkan oleh semua bangsa kerana lazimnya produk yang dijual peniaga jauh lebih murah berbanding jika ia dibeli lebih awal.
Minggu ini, S3 mendekati sekumpulan anak teruna yang juga bekas peserta Mister Planet Malaysia 2014 dan 2015 yang bekerjaya sebagai peragawan sambilan untuk mengetahui keistimewaan dan juga keburukan tabiat tersebut.
Buat survey awal
Jejaka yang pernah menghiasi iklan komersial makanan segera, Alex Faizal memberitahu, dia lebih gemar membuat pemerhatian awal terutama mengenai lokasi membeli-belah yang menawarkan harga terbaik.
"Selalunya Jalan TAR (Tuanku Abdul Rahman) menjadi pilihan jutaan warga kota dan ada juga yang sanggup datang dari jauh untuk berbelanja di sini.
Tidak dinafikan banyak pakaian murah di sini dengan kualiti pakaian yang bagus.
"Namun, saya lebih gemar untuk berbelanja di pusat beli-belah kerana lebih selesa," jelasnya yang akan pulang ke kampung ayahnya di Jasin, Melaka. - Alex Faizal, 29
Tidak kira waktu
Anak bongsu kepada penyanyi etnik Noraniza Idris ini iaitu Feeq Haiqal berkata, dia tidak menetapkan tempoh masa tertentu untuk membeli pakaian raya kerana beranggapan setiap kaedah ada kelebihan dan kekurangan.
Feeq yang juga usahawan produk kecergasan itu turut menggemari membeli-belah di penghujung waktu kerana menganggap harga yang ditawarkan tidak masuk akal. "Ia benar-benar murah. Boleh kurang sehingga 70 peratus daripada harga asal. Jika ditanya cara saya berbelanja, saya tidak mengira waktu asalkan ada masa, saya akan membeli-belah," katanya yang beraya di Kuala Lumpur. - Feeq Haiqal, 21
Keletah peniaga melucukan
"Kesesakan yang berlaku di pusat-pusat perniagaan tumpuan sebenarnya salah satu cara untuk menikmati kemeriahan lebaran terutama pekikan peniaga yang pelbagai ragam.
"Perkara yang menarik jika membeli-belah di kawasan tumpuan ini adalah melihat gelagat peniaga yang bermacam-macam ragam, sekali gus boleh menghiburkan serta melucukan.
"Saat tawar-menawar ketika membeli-belah sangat menyeronokkan kerana dari situlah kita melihat sejauh mana kehebatan kita mendapatkan sesuatu produk dengan harga paling rendah," ujarnya. - Yus Razali, 26
Hawa dingin jadi pilihan
Lain pula ceritanya dengan jejaka sasa ini, dia lebih suka membeli-belah di premis berhawa dingin kerana dia jenis yang cepat berpeluh dan akan mula berasa lengas jika baju mulai basah.
"Jika keadaan memaksa, barulah saya akan pergi ke tempat-tempat yang tidak berhawa dingin sekiranya saya tidak dapat mencari barang kesukaan saya di kompleks beli-belah.
"Itu adalah pilihan terakhir. Sebolehnya saya akan cari sampai dapat di mana-mana kompleks beli-belah. Tak jumpa juga, barulah saya meredah kesesakan orang ramai untuk mendapatkannya," katanya yang pulang ke Kuala Pilah, Negeri Sembilan untuk menyambut Aidilfitri. - Syazwi Nazri, 21
Berbelanja dengan mak abah
Menjadi anak manja kesayangan ibu dan ayahnya, si kacak yang masih menuntut di institusi pengajian tinggi swasta ini memberitahu, dia lebih suka jika dapat menemankan orang tuanya berbelanja setiap kali menjelang raya.
"Maklumlah, saya penuntut sepenuh masa dan baru sahaja mengenali selok-belok dunia peragaan. Tanggungan masih di bawah abah dan sebab itulah saya memilih untuk bersama mereka ketika membeli-belah.
"Lagipun, kami duduk berjauhan. Keluarga di Yan, Kedah, manakala saya belajar di Cheras di sini. Inilah saatnya untuk meluangkan masa bersama mereka dan dapat berbuka puasa sama sebelum memulakan misi membeli-belah," katanya berseloroh. - Asrul Raihan, 23

Ugut Terjun Dari Jejambat PLUS Sebab Bergaduh Dengan Pakwe


Macam macam hal yang terjadi sekarang. Terbaru, hanya kerana berselisih faham dengan teman lelaki, seorang wanita bertindak memanjat papan iklan gergasi pada jejambat di Lebuhraya Utara- Selatan (Plus) berhampiran tol Jelapang, Bandar Meru Raya di sini dan mengugut untuk terjun.

Bagaimanapun, wanita itu membatalkan niatnya itu selepas berjaya dipujuk oleh anggota bomba dan penyelamat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Meru, Norazlina Robak’aee berkata, lima anggota bergegas ke lokasi kejadian setelah menerima panggilan pada jam 6.48 petang dan mendapati seorang wanita berusia awal 30-an duduk di atas papan iklan berkenaan.

“Wanita yang dipercayai warga Thailand itu hanya pakai baju tanpa lengan dan berseluar pendek. Dia menangis sambil menjerit memarahi teman lelakinya yang turut berada di tempat kejadian.

“Ketika dipujuk, wanita berkenaan bertindak berdiri dan sekali sekala mengugut mahu terjun dari papan iklan terbabit dengan banyak kenderaan lalu lalang di bawah jejambat berkenaan,”

Beliau berkata, pada mulanya pihaknya sukar meminta mangsa turun daripada papan iklan tersebut kerana emosinya yang tidak stabil namun selepas sejam dia berjaya ditenangkan.

“Selepas hampir sejam, akhirnya kita berjaya menenangkannya dan berjaya membawa turun mangsa dari papan iklan terbabit.

“Mangsa diserahkan kepada pihak polis dan dihantar UNTUK mendapatkan rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun,” katanya. – Sinar Harian