Bagaimana mahu menjaga anak kucing yang kehilangan ibu/yang dibuang?



Jawapan : Anak kucing terbiar yang masih memerlukan susuan (orphaned kitten) berlaku kerana kematian ibu atau ditinggalkan ibu kucing. Anak kucing seperti juga bayi perlukan ‘hubungan’ kasih sayang dan jagaan yg rapi. Fakta pertama yg saudari perlu tahu ialah, anak kucing memerlukan susu dari ibunya sejak dilahirkan hingga di usia 4 minggu. Selepas usia ni anak kucing akan kurang menyusu dan mula merasa lapar. Inilah permulaan untuknya mula makan makanan lembut (weaning phase). Untuk menjaga anak kucing sebegini memerlukan komitmen dan kesabaran.

Alat yang diperlukan antaranya :
1. Kotak tempat tinggal,
2. Selimut/kain,
3. Botol susu (boleh dibeli di farmasi/vet, khas untuk kucing)
4. Susu Formula - Seboleh-bolehnya gunakan susu formula sebagai ganti susu ibu kucing (milk replacer) yang terdapat di kedai haiwan (pet shop). dan bukannya susu kotak yg boleh didapati di supermarket. Susu mesti suam, pastikan ia dalam keadaan berdiri, setelah habis menyusu (mengunakan botol) buat sedikit senaman utk anak kucing dengan mengurut perut, kaki serta tangannya, paling penting :

"Jangan sesekali beri susu lembu atau susu kambing yg boleh didapati di ladang ataupun supermarket! Susu mengandungi laktos (lactose) yang susah dihadamkan oleh kucing terutama anak kucing yang kemudiannya mengakibatkan cirit birit (diarrhea)."

Gunakan berus lembut seperti berus gigi untuk menyikat bulu anak kucing agar tidak bersimpul.
Jika matanya kotor, bersihkannya mengunakan kapas dan air.
Sedikit minyak bayi boleh digunakan untuk melembapkan kulit anak kucing yg mudah mengering.

Tips :

Anak kucing pada minggu pertama selalunya hanya minum dan tidur. Jika ia berbunyi, ianya mungkin menandakan anak kucing kesejukan atau lapar – mcm human baby kan?

Jika anak kucing tersebut dapat menyusu dengan ibunya dalam 24 jam yg pertama, anak kucing berpotensi hidup atau survive. Sebabnya? susu pertama ibu kucing mengandungi colostrum yang membekalkan antibodi kepada anak kucing :)

Jika anak kucing berlonggok, berada di atas antara satu sama lain, mereka kesejukan. Jika mereka terasing di antara satu sama lain, keadaan mereka terlalu panas. Suhu yang terbaik ialah apabila mereka berbaring sebelah menyebelah.

0 ulasan: