Cara buat duit dalam blog

Buat Duit Dengan Blogbukanlah satu topik yang asing bagi ramai orang, malah ramai blogger yang mampu menghasilkan pendapatan sehingga 5 angka hanya dengan blogging dari bilik tidur mahupun bilik asrama sahaja.
Saya sendiri pun berblogging secara sambil-sambilan sahaja dan kadang-kadang semasa waktu lapang dan waktu rehat di tempat kerja hehehe… Mungkin ramai yang tanya dari mana punca pendapatan seorang blogger ni? Bagi orang yang baru dalam arena blogging ni memang perkara itu lah yang pertama sekali ditanya. Tetapi bagi orang yang sudah biasa dengan blog, mereka pasti tahu.
Sebenarnya terdapat pelbagai cara nak “Buat Duit Dengan Blog” ni antaranya ialah:
1. Buat blog & jual
Mungkin cara ini adalah cara paling mudah kerana anda tidak perlu menunggu lama untuk menjana pendapatan. Hanya siapkan sebuah blog yang lengkap kemudian terus jualkannya di forum-forum internet atau di portal website flipping. Cuma pastikan blog yang anda siapkan itu mantap dari segi kandungannya dan “niche” yang hanyat di pasaran.
2. Buat blog & sewa ruangan iklan


<== Iklan Premium ==>
<== Iklan Premium ==>
Cara ini memang sering digunakan oleh blogger-blogger tegar. Mereka menyediakan ruang iklan di beberapa sudut blog mereka dan sewakannya kepada pengiklan-pengiklan yang berminat. Bagi sebuah blog yang popular, pengiklan akan cari bloggers, apa perlu bloggers buat ialah cuma tarik traffic sahaja…
3. Buat blog & monitize
Jika anda tidak tahu apa itu monitize, ia merupakan teknik dimana bloggers hanya perlu buat blog dan pasangkan code iklan dari syarikat-syarikat pengiklanan tampatan dan luar negara. Kemudian iklan-iklan akan terpapar berdasarkan bid tertinggi dari pengiklan-pengiklan. Terdapat pelbagai pengiklanan yang boleh dipilih sekarang ni namun pastikan mereka membayar anda dengan nilai yang setimpal dengan usaha anda. Yang paling diketahui ramai adalah Adsense (dari Google), Nuffnang, Innity dan banyak lagi lah…
Jika anda mahu tahu labih banyak teknik-teknik buat duit dengan blog ini, saya boleh kongsikan dengan anda. Saya tidaklah begitu hebat berblogging, tapi jika anda mahukan tunjuk ajar serba sedikit dari saya maka saya alu-alukan. Saya sediakan untuk anda yang rajin belajar sahaja untuk daftar bersama-sama saya tentang tips blogging saya ini. Saya sediakan percuma sahaja, tapi dengan syarat mestilah rajin belajar hehehe… Jemput lah ye… ;-)

Related Posts:

  • BUAT DUIT DENGAN HANYA BEKERJA DIRUMAH SAHAJA Jobdirumah ini adalah sebuah websites yang memberi latihan dengan tawaran kerja-kerja jenis pekerjaan freelance yang bertanggungjawab untuk mengumpul maklumat dari internet, memasukkan maklumat ke dalam sistem, membuat… Read More
  • Gadis Peugeot CDM25 terlajak biadabAssalamualaikum dan Salam 1Dunia, memang naik darah aku bila tengok seorang gadis yang menaiki kereta Peugeot dengan plate no CDM25 mengamuk macam kena histeria hanya kereta baru tercalar sedikit. Mungkin dia tak menyangka la… Read More
  • Malaysia's anti-graft unit to ask Najib to explain 2.6 billion ringgit donation Malaysia's Prime Minister Najib Razak arrives at the 48th Association of Southeast Asian Nations (ASEAN) foreign ministers meeting in Kuala Lumpur, Malaysia, August 4, 2015. REUTERS/OLIVIA HARRIS Malaysia's anti-g… Read More
  • Harga Baru Lesen Kereta Dan Motor 14 Julai 2014Harga Baru Lesen Kereta Dan Motor 14 Julai 2014. Seperti yang diketahui umum, harga lesen memandu untuk kereta iaitu kelas (D) dan lesen motor iaitu kelas (B2) akan dinaikkan bermula 14 Julai 2014. Kenaikkan harga lesen ini b… Read More
  • Ziana Zain Kini Bertudung Sejak kebelakangan ini, penampilan penyanyi terkenal Ziana Zain telah menjadi tajuk perbincangan ramai selepas penyanyi ini dikatakan telah berhijab. Namun, Ziana sendiri tidak mengesahkan perkara ini sehinggalah pada… Read More

0 ulasan: