Tip & Trick Buat Duit Share Iklan Dengan ChurpChurp

Panas isu berkaitan penipuan klik iklan 8Share dan juga ChurpChurp ni, sebenarnya bukan dua platform ini sahaja yang dijadikan bahan, malah banyak lagi.
Cara Betul dan Tips Dapatkan Income Menerusi 8Share dan ChurpChurp
Yang panas dan menjadi isu adalah kerana cara yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu yang dianggap kurang telus dan memaksa. Boleh sahaja anda selitkan iklan-iklan tersebut asalkan jangan memperdaya atau menunjukkan bahawa kaedah itu seperti memaksa untuk klik. Ia seharusnya berlaku secara sukarela dan semulajadi.
Sebagai contoh, lihat perbedaan antara kedua ini:
Contoh 1: Join segmen ini dengan perlu klik iklan berikut: Klik Iklan 1, Klik Iklan 2
Contoh 2: Dah join segmen, meh lihat promo iklan ini: Jom Lihat Harga Kereta Proton Terbaru Suprima S dan Kontes oleh Digi Menang Hadiah Wang Tunai
Nampak tak perbezaan yang ada dalam dua cara di atas tersebut. Ini dinamakan telus, kerana anda memberitahu pengunjung, pembaca blog anda mengenai apa yang anda kongsikan. Jika mereka berminat, mereka akan klik dan berikan ganjaran 20 sen yang patut anda terima menerusi perkongsian informasi.
Cara 1, anda buta-buta suruh pembaca klik iklan tersebut tanpa fikir samada mereka mahu atau tidak mahu lihat, sebaliknya dengan cara 2 … anda dah beritahu awal-awal apa yang bakal mereka akan lihat.
Tatacara di atas sama terpakai apabila anda kongsikan iklan tersebut di laman sosial seperti Facebook mahupun Twitter.

0 ulasan: