Israel ragui dakwaan penggunaan senjata kimia


Israel ragui dakwaan penggunaan senjata kimia

BAITULMAQDIS 26 Dis. - Israel semalam melahirkan keraguan mereka berhubung dakwaan aktivis Syria bahawa tentera yang setia kepada Presiden Bashar al-Assad menggunakan senjata kimia terhadap pemberontak negara itu.
``Kami telah melihat laporan daripada pemberontak dan ia bukanlah yang pertama kali.
``Pemberontak mempunyai kepentingan untuk menarik perhatian khasnya dalam campur tangan tentera antarabangsa,’’ kata Naib Perdana Menteri, Moshe Yaalon kepada Radio Tentera.
Tambahnya, buat masa ini, Israel tidak dapat mengesahkan atau mempunyai bukti bahawa senjata kimia ada digunakan namun mereka tetap akan memantau perkara itu sepanjang masa. - REUTERS

Mesir had jumlah wang dibawa pelancong

KAHERAH 26 Dis. - Mesir semalam melarang pelancong luar daripada membawa wang masuk dan keluar negara ini melebihi AS$10,000 (RM30,608).
Ia ekoran kebimbangan kerajaan akan kesukaran mereka mengawal nilai mata wang dan tindakan rakyat mengeluarkan simpanan mereka daripada bank akibat krisis politik yang membelenggu negara ini sejak kebelakangan ini.
Jurucakap presiden, Yasser Ali mengesahkan perkara itu turut dan berkata, sekatan itu turut membabitkan mata wang dollar Amerika. - REUTERS

0 ulasan: