Tokoh : Ustaz Mohamad Judi Bin Sarjo

Tokoh : Ustaz Mohamad Judi Bin Sarjo

30012011
Beliau merupakan seorang tokoh yang tabah dan komited sepanjang terlibat dengan PAS khususnya di Kawasan Tanjong karang. Pernah menyandang beberapa jawatan dalam parti sejak di usia muda dan pernah di ambil tindakan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dengan ditukar ke sekolah yang jauh daripada tempat tinggalnya, semata-mata beliau terlibat secara aktif dengan PAS.
Tokoh yang ditampil kali ini ialah, Ustaz Mohamad Judi Bin Sarjo, Pemangku Yang Dipertua PAS Kawasan Tanjong Karang merangkap Pengarah Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Sungai Burong dan merupakan Guru Besar Sekolah Rendah Agama (SRA) Bukit Belimbing.
Latar Belakang
Dilahirkan pada 2 Julai 1955 di Kampung Batu 11 Tanjong Karang. Beliau merupakan anak ke-2 daripada dua orang adik-beradik seibu dan sebapa. Manakala adik beradik yang lain pula ialah, adik beradik seibu dan berlainan bapa seorang, manakala adik beradik sebapa berlainan ibu pula ialah  6 orang. Bapanya Sarjo Bin Ronoderio berasal daripada Indonesia sebelum berhijrah ke Tanah Melayu, dan bekerja sendiri sebagai petani manakala ibunya, Siti Aminah Binti Paimin,  adalah merupakan seorang suri rumahtangga.
Pendidikan
Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Burong pada tahun 1962 sehingga 1967.Manakala pada tahun 1968 sehingga tahun 1972 beliau telah belajar di Sekolah Arab  Sungai Burong sebelum melanjutkan pelajaran di Kolej Islam Kelang (KIK) pada tahun 1973 sehingga 1974 dan telah mendapat Rabi’ Thanawi di kolej tersebut.
Beliau kemudiannya telah mengambil Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) secara persendirian sewaktu masih bekerja sebagai anggota polis pada tahun 1980.
Beliau kemudian sekali lagi telah menyambung pelajar di Maktab Perguruan Islam (MPI) Bangi, Selangor pada tahun 1987 dan berjaya memperolehi Diploma Pendidikan pada tahun 1990.
Keluarga

Beliau telah mendirikan rumahtangga dengan seorang pendidik Hamidah Idris pada tahun 1988 hasil perkongsian hidup selama 22 tahun, beliau telah dikurniakan dengan seramai 6 orang cahaya mata, iaitu 3 lelaki dan 3 perempuan berumur diantara 9 tahun sehingga 21 tahun
Kerjaya
Memulakan kerjaya sebagai konstabal polis sebaik sahaja menamatkan latihan di Pusat Latihan Polis (PULAPOL), Jalan Gerney, Kuala Lumpur pada tahun 1975 dan mula berkhidmat sebagai anggota keselamatan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jerantut selama dua tahun sebelum di tukar ke Balai Polis Ulu Tembeling, Kuala Tembeling, Batu Balai dan Bandar Jengka sebelum meletakkan jawatan pada tahun 1982.
Manakala pada tahun 1983 beliau telah berkhidmat sebagai pendidik dan mengajar di Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) Batu 12 Sungai Burong sehingga tahun 1984. Selepas itu beliau telah berkhidmat sebagai guru di SRA Sungai Terap sehingga tahun 1997.
Beliau kemudiannya, telah dilantik sebagai Guru Besar di SRA Kampung Parit Serong mulai tahun 1997 sehingga tahun 2001, sebelum di pindahkan ke SRA Kampung Medan, Petaling Jaya, atas arahan politik sehingga tahun 2003.
Selepas itu, beliau sekali lagi telah dilantik sebagai Guru Besar di SRA Batu Arang, Gombak pada tahun 2003 sehingga tahun 2004. Manakala pada tahun 2004 sehingga tahun 2007 beliau telah dilantik sebagai Guru Penolong Kanan (GPK) 1 SRA Block S Sungai Burong.
Kini, beliau masih lagi berkhidmat sebagai Guru Besar di SRA Bukit Belimbing sejak tahun 2007 sehingga sekarang dan akan bersara sebagai pendidik pada Julai 2011 nanti selepas 28 tahun berkhdimat sebagai guru.
Mula Bergiat Aktif Dalam Politik
Mula bergiat aktif dengan PAS mulai tahun 1983 sebagai Setiausaha PAS Cawangan Sungai Tengi Kiri sehingga tahun 1986. Selepas itu beliau telah diamanahkan sebagai Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Cawangan Sungai Tengi Kiri sehingga tahun 2007. Manakala pada tahun 2007 beliau telah diamanahkan sebagai Naib Ketua PAS Cawangan Sungai Tengi Kiri dan pada tahun 2009, beliau diamanahkan pula untuk menerajui PAS Cawangan sebagai Ketua Cawangan sehingga sekarang.
Diperingkat kawasan pula, beliau telah diamanahkan sebagai AJK Dewan Pemuda PAS (DPP) Kawasan Tanjong Karang pada tahun 1984 sehingga tahun 1986. Kemudian beliau telah diamanahkan sebagai Naib Ketua DPP Kawasan pada tahun 1986 sehingga tahun 1989 sebelum dipilih sebagai Ketua DPP Kawasan pada tahun 1989 sehingga tahun 1991.
Selepas meninggalkan DPP Kawasan diatas faktor umur pada tahun 1991, beliau telah diamanahkan pula sebagai Timbalan Pengerusi Tetap PAS Kawasan sehingga tahun 2003. Manakala pada tahun 2003 beliau telah diamanahkan sebagai AJK PAS Kawasan sehingga tahun 2005.
Pada tahun 2005, beliau sekali lagi diberi amanah sebagai Timbalan Pengerusi Tetap PAS Kawasan sehingga tahun 2007. Manakala pada tahun 2009 beliau telah diamanahkan sebagai Timbalan Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan sebelum dilantik sebagai Pemangku YDP PAS Kawasan pada tahun 2010 setelah YDP PAS Kawasan, Drs Mohd Rashdi Deraman, melepaskan jawatan.
Diperingkat Jabatan Pilihanraya (JPrK) PAS Kawasan dan Majlis Tindakan DUN (MTD) Sungai Burong pula, beliau pernah diamanahkan sebagai Setiausaha MTD Sungai Burong pada tahun 1999 sehingga tahun 2003. Manakala pada tahun 2003 sehingga 2009 beliau diamanahkan sebagai Timbalan Pengarah MTD Sungai Burong sebelum dilantik sebagai Pengarah MTD Sungai Burong pada tahun 2009.
Selain itu, pada tahun 2003 sehingga tahun 2009 dilantik sebagai AJK JPrK sebelum dilantik sebagai Timbalan Pengarah I JPrK juga pada tahun 2009.
Aktivis Parti Yang Tabah Dan Komited
Sebagai seorang aktivis parti yang berpengalaman, beliau telah menempuh banyak mehnah dan tribulasi sepanjang terlibat dengan PAS, antaranya ialah sebaik sahaja PAS memenangi kerusi DUN Sungai Burong pada tahun 1999 apabila calonnya, Dato’ Dr Hasan Mohamed Ali, menewaskan calon Bn, Dato’ Mohd Aini Taib dengan majoriti 91 undi, beliau telah diamanahkan sebagai Pegawai Khas Pusat Khidmat Komuniti (PKK) DUN Sungai Burong.
Beliau yang masih berkhidmat sebagai Guru Besar di SRA Kampung Parit Serong, semasa itu, telah diarahkan berpindah ke SRA Taman Medan Petang Jaya. Setiap hari beliau telah berulang-alik daripada Tanjong Karang ke Taman Medan semata-mata. Namun itu semua tidak mematahkan semangat sepanjang terlibat dengan PAS.
Selain itu, diantara sumbangannya yang besar ialah, beliau terlibat secara langsung semasa Dato’ Dr Hasan Mohamed Ali, ADUN Sungai Burong, ketika itu, berhasrat untuk membina Kompleks PAS DUN Sungai Burong (KOMPAS) pada tahun 2000.
Beliau bersama-sama beberapa orang pimpinan PAS khususnya dari DUN Sungai Burong, antaranya Dr Md Yusoff Abd Wahab, Wan Dolah Wan Konok, Mohd Rashdi Deraman, Ustaz Mohd Kassim Kayat, Ustaz Musa Mohamad dan lain-lain adalah diantara individu terawal yang terliabt dalam perancangan dan pembinaan KOMPAS yang kini menjadi mercu tanda bagi PAS Tanjong karang.
Peranan Dalam Pentadbiran Kerajaan
Sebaik sahaja PAS bersama-sama dengan Pakatan Rakyat (PR) diberi amanah untuk menerajui Kerajaan Negeri Selangor pada tahun 2008, beliau telah diamanahkan sebagai Bendahari JawatankuasaPengurusan DUN (JPD) Sungai Burong pada tahun 2008 dan Timbalan Pengarah JPD tahun 2009 sebelum dilantik sebagai Pengarah Pusat Khidmat Masyarakat 

0 ulasan: