(Update) Cute Blog Background & Cara Tukar Background Blog

Salam,
Hari ni nak introduce satu website yang bagus. Bagus ape?Hahah, bagus sebab provide layout blog yang cantik, cute, adorable dan macam-macam la.Kebelakangan ini, puas la saya mencari wallpaper/layout/graphic yang cantik, cun untuk blog.Tanya orang sana-sini, tapi tak dapat jawapan yang memuaskan. So, saya pon mencari la kat Google dengan keyword macam-macam. Akhirnya jumpa jugak. Persembahkan CherryBam Bam Bam Boom! :pandacloud_08:Okey, maybe ramai dah tau website ini, tapi takpe, mungkin ramai lagi yang tercari-cari tapi tak tau kat mana kan.

1.Korang hanya perlu pilih background di tab ALL MYSPACE LAYOUT & MORE.
2.Korang click je mana-mana gambar dan pilih.
3.Kalau nak save,click gambar dalam kotak2 tu-->right click kat gambar itu-->tekan View Background Image-->save as image.
4. Or, just amik je url gambar tu, upload dalam PhotoBucket .
Wah, macam la korang tak tau kan.Hihi. Dan kalau korang nak tahu macam mana nak masukkan background ke dalam blog, boleh scroll ke bawah lagi :)



Cara Nak Masukkan Background
Pengguna Template Designer
1. Buka Dashboard --> Design --> Template Designer --> Background

 

2. Korang click kotak yang bergambar tu, dan boleh la pilih background yang Blogger bagi. Kalau tak mahu, just tekan Upload Image dan Browse untuk pilih background yang korang mahu.


3. Lepas dah selesai pilih dan browser pon dah loading image korang, tekan Done dan korang boleh pilih Alignment untuk tetapkan kedudukan background tu, Tile dan Scroll with Page. Bagi aku, baik korang jangan tick Scroll With Page, baru la nampak cantik dan kemas. Kemudian save bila dah puas hati.


Pengguna Old Template
1. Pergi Dashboard --> Design --> Edit HTML
2. Tekan Ctrl+F untuk cari code di bawah. Selalunya code ni berada kat atas.
body {
  background: $background;
3. Tukarkan code background: $background; dengan
background: url("http://i696.photobucket.com/albums/vv323/naz89_blog/30gif.png") repeat;
4. Gantikan "http://i696.photobucket.com/albums/vv323/naz89_blog/30gif.png" dengan URL image yang korang nak. Kalau guna Photobucket, ambil Direct Link.
5. Preview. Kalau puas hati, tekan Save Template.
6. Cara nak upload gambar dalam Photobucket click SINI.
p/s ; So, hari2 aku nak tukar background belog!Yeah!

0 ulasan: