Lagu "Macam Cantik Jer Macam Comel Jer"

Awal Muharram baru-baru ini, saya dan AMAR telah mencipta satu fenomena baru dunia PARODI di Malaysia. Kami tidak menyangka benda ini menjadi sesuatu diluar jangkaan kami. Sebelum ini kami pernah membuat beberapa lagu-lagu popular dan menukarkan liriknya kepada ayat-ayat islamik. Saya memainkan peranan penulis dan penggubah lirik, manakala AMAR menyanyikan gubahan lirik yang saya telah buat. Ia bermula dari lagu Tegar - Aku Yang Dulu. Kehebatan suara AMAR memang tidak dapat dipertikaikan. Kemudian saya menggubah lirik lagu "Suci Dalam Debu" & Trilogik Cinta kepada versi islamik yang dipopularkan oleh Saleem Iklim.

Hingga suatu hari selepas pulanng daridapa program motivasi. Saya terlihat satu video yang bertajuk "Permohonan Maaf Awek Legoland". Aku tak faham pertama kalinya kenapa dia berbicara sedemikian. Kemudian hampir setiap wall dalam Facebook keluar perkataan "Macam Cantik Jer Macam Comel Jer". Terdetik di hati saya fenomena apakah ini? Jadi saya search dalam youtube perkataan tersebut. Maka keluarlah video berkenaan. Saya mulakan Video adik Syasya tu dahulu untuk memahami video parodi yang lain. Setelah menontonya baru saya faham apa yang berlaku sebenarnya. Pelbagai video parodi yang telah dibuat untuk adik Syasya tersebut sehinggakan artis seperti Syarifah Syakila, Shiro dan Bobo (artis ke?) turut membuat video Parodi tersebut. Kini baru saya faham Video permohonan maaf yang pertama adik Syasya lakukan. Rasa kasihan dengan apa yang menimpa dengan adik Syasya, cuba bayangkan jika anda berada dipihak adik Syasya?


Tekanan demi tekanan pasti diterima oleh adik Syasya. Bukan setakat dirinya tetapi turut terpalit ibubapa dan keluarganya. Saya pasti adik ni jadi bahan ejekan rakan-rakan disekolahnya. Boleh jadi MENTAl kalau seseorang itu tidak tahan perasaan.

Oleh itu, saya mendapat idea untuk membuatkan lagu khas untuk adik Syasya. Tanpa membuang masa saya terus inbox message dengan AMAR untuk buat lagu Macam Cantik Je Macam Comel Je. AMAR meberi respon postitif untuk menggubah lagu khas untuk adik Syasya.

Agak terkejut juga AMAR telah siapkan lagu tersebut dengan cepat. Kali pertama dengar lagu tersebut, WOW!!!! meremang bulu roma. Aku berkata AMAR " Memang Bisa Lagu Ini". AMAR mengupload lagu tersebut ke dalam Fanpagenya. tidak sampai 1 jam beratus-ratus orang SHARE dan tidak sampai satu hari beribu-ribu orang SHARE lagu tersebut. Saya dan AMAR terkejut dengan respon yang diberikan. Hingga tidak terkata dengan apa yang terjadi. 

Bukanlah tujuan saya & AMAR untuk menjatuhkan mana-mana pihak termasuk adik Syasya. Manusia tidak lari daripada melakukan kesilapan. Sesungguhnya Allah Maha Pengasih Maha Penyayang. Janganlah kita menyalahkan sesuatu pihak hanya kesilapannya yang kecil, kita menghukum seolah2 kita adalah Tuhan. Siapa diri kita untuk menghukum kesalahan seseorang?

Kita digalakan untuk mendoakan kebaikan orang lain. Sekiranya kita melakukan kesilapan segeralah bertaubat, sesugguhnya Allah itu Maha Pengampun.

"Dan mereka yang apabila telah melakukan perbuatan keji ataupun menganiayai dirinya, lalu mereka mengingati Allah dan memohon keampunan terhadap dosa-dosanya."
(Al-Imran : 135)

Mudah-mudahan lagu berkenaan memberi manfaat dan pengajaran untuk semua. Buang yang keruh ambil yang jernih.

MACAM CANTIK JER MACAM COMEL JER

PERHATIKAN KEINDAHAN ALAM DAN DIRI
BETAPA AGUNGNYA KUASA ILAHI
HEBATNYA DIA YANG MAHA PENCIPTA
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHUAKBAR

KECANTIKAN KEINDAHAN YANG DIBERI
HANYA PINJAMAN SEMENTARA
SEBAGAI UJIAN UNTUK KITA
APAKAH BERSYUKUR ATAU SEBALIKNYA

MACAM CANTIK JER, MACAM COMEL JER
SEMUA CIPTAAN ALLAH
MACAM CANTIK JER, MACAM COMEL JER
SEGALA PUJIAN KEMBALI PADA-NYA

MACAM CANTIK JER, MACAM COMEL JER
INDAHNYA TUHAN CIPTAKAN KITA
MACAM CANTIK JER, MACAM COMEL JER
AJAIBNYA ALAM SEMESTA

BERSYUKURLAH KITA DENGAN NIKMAT-NYA

Lagu: AMAR
Lirik: Magictawau Alif
 




0 ulasan: