Malaysia VS Myanmar. Malaysia Kalah 2-1. Myanmar Kantoi Menipu? Peluang Ke PUSINGAN AKHIR PIALA AFC?

Malaysia VS Myanmar. Malaysia Kalah 2-1. Myanmar Kantoi Menipu? Peluang Ke PUSINGAN AKHIR PIALA AFC?

Malaysia Vs Myanmar Malaysia VS Myanmar. Malaysia Kalah 2 1. Myanmar Kantoi Menipu? Peluang Ke PUSINGAN AKHIR PIALA AFC?

Berdasarkan rekod sebelum perlawanan Malaysia VS Myanmar, menunjukkan Myanmar berjaya mencatatkan keputusan seri dengan gergasi bola sepak Asia Korea Selatan. Di atas kertas, kemampuan mengikat pasukan Korea Selatan membuktikan kekuatan Myanmar tetapi…..
Tetapi kami tidak gemar mengambil perbandingan relatif semata. Membuat perbandingan keputusan Malaysia VS Korea Selatan dan Myanmar VS Korea Selatan sebagai asas kekuatan pasukan adalah bagi kami kurang tepat disebabkan keputusan sebenar bergantung kepada corak permainan sesuatu pasukan dan juga prestasi semasa atas padang disamping faktor kekuatan mental menghadapi tekanan penyokong. Dan dalam pada masa yang sama dengan keputusan seri dnegan Korea kita sama sekali tidak boleh menidakkan kekuatan Myanmar.
Hanya kemenangan dalam perlawanan Malaysia VS Myanmar yang akan membantu pasukan kita layak ke pusingan akhir Piala Asia U22 2013 secara automatik
Sekarang bagi kelayakan Piala AFC Bawah 22 tahun ada 41 pasukan kesemuanya :
  • Ada 7 kumpulan kesemuanya. Setiap kumpulan ada 6 pasukan kecuali kumpulan D ada hanya 5 pasukan sahaja
  • 2 pasukan teratas setiap kumpulan akan layak secara automatik (14 pasukan akan layak automatik)
  • 1 pasukan yang berada di tempat ketiga terbaik secara keseluruhan akan layak
  • Negara yang akan jadi tuan rumah layak automatik. Tuan rumah tak dipilih lagi.
  • Untuk menetukan tempat ketiga terbaik, kumpulan yang mengandungi 6 pasukan akan kira 4 perlawanan sahaja disebabkan mahu bagi sama dengan kumpulan D yang ada hanya 5 pasukan sahaja. Jadi, keputusan perlawanan dengan pasukan yang berada di tangga tercorot tak akan dikira.
Itu ceritanya sebelum perlawanan Malaysia VS Myanmar
Tamat perlawanan Korea Selatan menentang Vietnam dengang keputusan Korea menang 2-0
Myanmar VS Malaysia Malaysia VS Myanmar. Malaysia Kalah 2 1. Myanmar Kantoi Menipu? Peluang Ke PUSINGAN AKHIR PIALA AFC?

Malaysia Vs Myanmar : Prestasi Pasukan Malaysia Menjadi Tanda Tanya

Kemudian apabila bermulanya perlawanan Malaysia VS Myanmar, kami agak terpinga-pinga dengan aksi pasukan Malaysia.
  • Kalau tengok keputusan bola sebelum ini yang melibatkan pasukan Malaysia acapkali Malaysia kenduri gol terhadap pihak lawan. 7-0, 4-2 dan 3-0. Hebat…… Harapan kami mahu melihat Malaysia buat kenduri gol sekali lagi. Rozaimi boleh buat hatrik sekali lagi ker, Nazmi Faiz mampu melakukan sesuatu untuk merencanakan serangan Malaysia
  • Tetapi lain pula jadinya.
  • Separuh masa pertama boleh kami katakan agak teruk. Separuh masa kedua, barulah pasukan Malaysia dilihat cuba memperbaiki permainannya.
  • Tak faham kami dibuatnya dengan banyak kesilapan yang tidak sepatutnyaberlaku terutamanya ketika menghantar bola kepada pihak lawan. Bola juga senang dirampas pemain Burma.
  • Gol kedua, kami tidak boleh terima. Kelihatan seperti pasukan Malaysia sedekah gol kepada pasukan Myanmar
  • Myanmar dilihat bermain baik dalam perlawanan malam tadi. Hantaran bola yang dibuat mereka agak kemas.
  • Apa nak buat, tiada rezeki dalam perlanan Malaysia VS Myanmar. Cuba lagi……






Malaysia VS Myanmar Video Malaysia VS Myanmar. Malaysia Kalah 2 1. Myanmar Kantoi Menipu? Peluang Ke PUSINGAN AKHIR PIALA AFC?
Kami percaya rakyat Malaysia tidak hanya menyokong pasukan Malaysia ketika menang sahaja. Kita akan tetap sokong, sebab inilah satu-satunya TEAM BOLA SEPAK KITA dalam dunia ini. Kalau nak sokong hanya disebabkan mengharapkan kemenangan, ada baiknya kami layan perlawanan-perlawanan yang melibatkan pasukan Sepanyol contohnya. Tetapi semangat dalam diri peminat pastinya tidak akan sama berbanding untuk negara sendiri.
Jadi apabila ada teguran dan kritkan secara membina ambil secara positif dengan harapan mahu melihat bola sepak Malaysia terus berkembang. Nah…kalau dahulu hanya ada Indonesia, Thailand, kemudian Vietnam nah sekarang ini Myanmar semakin melonjak naik. Malaysia?
Termasuklah yang yang diperingkat tertinggi bola sepak Malaysia, kalau dah tak mampu dan kering idea untuk bersama-sama membangunkan bola sepak Malaysia dengan ikhlas ada baiknya, undurlah. gantikan yang lebih layak.
“Pilih salah satu : Sayangkan kemajuan bola sepak Malaysia atau kerusi empuk sendiri?”

Perlawanan Malaysia VS Myanmar : Myanmar Guna Pemain Yang “Berumur”?

Walaubagaimanapun, Malaysia dilihat maish ada harapan lagi untuk ke pusingan akhir. Walaupun masih lagi dilihat samar-samar untuk layak ke pusingan akhir Piala AFC U-22, dek kerana kalah kepada Myanmar tetapi Malaysia mungkin boleh mengharapan tindakan drastik daripada AFC untuk menyiasat penglibatan 2 pemain Myanmar sudah melebihi had umur yang dibenarkan :

Keputusan Malaysia VS Myanmar Malaysia VS Myanmar. Malaysia Kalah 2 1. Myanmar Kantoi Menipu? Peluang Ke PUSINGAN AKHIR PIALA AFC?

  • 1. Thet Naing
  • Club: Yadanarbon FC
  • Date of birth: 17-01-1989
  • Age: 23
  • 2. Kaung Si Thu
  • Club: Yangon United FC
  • Date of birth: 22.01.1987
  • Age: 25

Malaysia VS Myanmar : Malaysia Berpeluang Cerah Ke Pusingan Akhir Piala AFC?

Sekarang terdapat sumber-sumber rapat yang mengatakan perkara ini memang sudah disahkan, dan sekarang ini Malaysia masih menunggu keputusan daripada AFC untuk menjalankan siasatan dan membuat keputusan yang sewajarnya.
Ini bermakna walaupun dalam perlawanan Malaysia VS Myanmar, Malaysia telah kalah, tetapi…Malaysia akan tetap layak ke pusingan akhir Piala AFC U-22 dan perlawanan semalam dikirakan terbatal ataupun Myanmar tetap menang tetapi, Malaysia layak secara automatik ke pusingan Akhir tahun depan. Kalau ikut undang-undang..memang tindakan Myammar ni memakan diri sendiri.
P/S : Sama-sama, kita nantikan keputusan daripada AFC.
PP/s : Apa kata anda peminat bola sepak Malaysia dalam perlawanan Malaysia VS Myanmar malam tadi?

SALAH GUNA INTERNET


EXTREME PRODUCTION

TITLE ( SALAH GUNA INTERNET )




~Credit~


Very Thank You To


-Iskandar Zulkarnaen ( Tok ) -( Director )


-Aidil ( Zizan )-


-Lukman ( Bo )-


-Farid ( Blaster )-(Editor)


-Daniel-

LIVE PerHimpunan Bersih 2012 (BERSIH 3.0 Malaysia). UPDATE : Sekitar 50,000 Peserta Bersih Sudah Berada di Sekitar Kuala Lumpur!!

LIVE PerHimpunan Bersih 2012 (BERSIH 3.0 Malaysia). UPDATE : Sekitar 50,000 Peserta Bersih Sudah Berada di Sekitar Kuala Lumpur!!

Bersih 30 LIVE PerHimpunan Bersih 2012 (BERSIH 3.0 Malaysia). UPDATE : Sekitar 50,000 Peserta Bersih Sudah Berada di Sekitar Kuala Lumpur!!
Seperti yang diketahui umum, hari ini bakal diadakan Perhimpunan Bersih 2012 (Bersih 3.0) bertempat di dataran Merdeka.
Walaupun mahkamah majisteret telah pun mengeluarkan perintah larangan pihak BERSIH mengadakan sekali mengadakan Perhimpunan Bersih 2012 (Bersih 3.0) di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur bermula pada hari (28 April 2012) sehinggalah 1 Mei 2012, tetapi pihak BERSIH akan tetap berhimpun seberapa dekat dengan lokasi Dataran Merdeka asalkan lokasi tersebut maish lagi mematuhi perintah mahkamah melarang mereka berkumpul di Dataran Merdeka.

Butiran Larangan Mahkamah Majisteret Mengenai Perhimpunan Bersih 2012 (Bersih 3.0)

  • Larangan mengadakan perhimpunan Bersih 2012 (Bersih 3.0) di Dataran Merdeka
  • Larangan juga merangkumi jalan-jalan yang menuju ke arah Dataran Merdeka

LIVE Perhimpunan Bersih 3.0

Semak berita terkini mengenai Perhimpunan Bersih 2012 (Bersih 3.0) di sini daripada masa ke semasa….
LIVE Perhimpunan Bersih 2012 Setakat Pukul 1.40 petang
  • 1.40 petang : Polis keluar kenyataan keadaan sekitar Dataran terkawal. Menurutnya, hingga jam 1pm, peserta 25,000.
  • Menurut kenyatan pusat media polis kontinjen Kuala Lumpur, mereka dalam keadaan berjaga-jaga dan memantau keseluruhan perhimpunan BERSIH.
  • “PDRM bertanggungjawab memastikan ketenteraman awam terpelihara agar tidak diganggu oleh mana-mana pihak,” kenyataan itu dipetik.
  • Pasukan keselamatan juga menegaskan akan bertindak kepada pihak yang melampau batas dan melanggar perintah mahkamah yang melarang orang ramai berkumpul di Dataran.
  • 1:33 petang : Pasar Seni – Polis membuat keputusan untuk meninggalkan sekatan di jambatan pejalan kaki yang menghubungkan stesen LRT Pasar Seni dan Dayabumi. Sesetengah penyokong menyertai Pak Samad bersolat. Pesera mula memenuhi jambatan untuk melihat protes di bawah.
  • 1:30 petang : Pasar Seni – Seorang anggota Unit Amal PAS menjelaskan bahawa Pak Samad tidak ditahan polis tetapi duduk di atas jambatan pejalan kaki sebagai tanda bantahan terhadap tindakan polis menyekat kawasan itu. Dia berdiri di situ atas keputusannya sendiri.
  • 1.30 petang : Dataran Merdeka – Kumpulan yang besar dari Kota Raya dan Petaling Street bergerak mendekati Dataran. Kota Raya dan Petaling Street kini kosong.
  • Orang ramai yang paling hampir dengan benteng di Dataran Merdeka duduk di atas jalan raya, dengan lebih melaungkan “duduk” dan menyertai mereka. Anggota Unit Amal PAS membentuk benteng di hadapan benteng polis.
  • Lapisan kawat duri, penghalang plastik dan pagar besi, memisahkan mereka daripada benteng kira-kira 100 anggota polis. Anggota FRU dengan trak meriam air di siap sedia tidak jauh dari situ.
  • 1.23 petang : Pasar Seni – Pengerusi bersama BERSIH isytihar perhimpunan berjaya, akan mara sedekat mungkin kawasan dibenarkan sebelum duduk.
  • 1:13 petang : Sejam menjelang perhimpunan BERSIH 3.0, jumlah peserta yang hadir setakat ini dianggarkan telah mencecah sekitar 50,000 orang.
- Pudu/Kotaraya/Petaling Street (orang ramai berarak dari KLCC) – 20,000
- Pasar Seni (bergabung dengan orang ramai dari Brickfields) – 15,000
- Masjid Jamek – 10,000
- TAR / Jalan Tun Perak / Jalan Parlimen – 10,000
- Masjid Negara – 5,000
LIVE Perhimpunan Bersih 2012 Setakat Pukul 12.50 tengahari
  • 12.50 tengahari : Pasar Seni – Kumpulan kedua dari Brickfields, juga berjumlah ribuan orang, tiba di Pasar Seni untuk bersama dengan mereka yang sudah berada di situ.
  • 12.43 tengahari : Masjid Negara – PKR presiden Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan ketua umum parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba bersama dengan pemerhati antarabangsa.
  • 12.32 tengahari : Pasar Seni – Polis membentuk benteng manusia di Hang Kasturi Walk, laluan baru di sebelah Pasar Seni, walaupun beberapa peserta sudah lama melepasi mereka melalui satu kaki lima di situ. Peserta yang berdepan dengan benteng polis itu menyanyikan lagu Negaraku.
  • 12.30 tengahari : Pasar Seni – Pak Samad duduk di atas tikar di belakang barisan polis di jambatan yang menghubungkan stesen LRT Pasar Seni ke Dayabumi, sambil membaca Al-Quran
  • Apabila ditanya sama ada beliau ditahan, seorang anggota polis menjawab, “Beliau sedang berehat. Beliau mengambil gambar selama dua jam tadi, beliau letih. “ Apabila ditanyakepada sasterawan negara itu sama ada beliau ditahan, beliau hanya mengangkat bahunya.
  • 12.14 tengahari : Masjid Negara – Beberapa pemimpin kini berada di Masjid Negara – Mohamad Sabu, Lim Kit Siang and Abdul Kadir Sheik Fadzir.
  • 12.10 tengahari : Jalan Sultan – Selepas berehat kira-kira sejam, kira-kira 3,000 orang yang pada mulanya berkumpul di Jalan Sultan, sekarang berjalan melalui Jalan Petaling.
  • 12:07 tengahari : Jalan Tun Perak – Kira-kira tiga trak FRU dan dua meriam air kelihatan di Dataran.Sekumpulan 500 penyokong dari Jalan Pudu menuju ke JalanTun Perak sambil melaungkan “BERSIH” dan “Stop Lynas”.
  • 12:03 tengahari : Dua jam sebelum perhimpunan BERSIH 3.0, jumlah pesertanya dianggarkan kira-kira 35,000 orang di lokasi yang berlainan di pusat bandaraya di Kuala Lumpur.
- Pudu (peserta berarak dari KLCC) – 20,000
- Pasar Seni (bergabung dengan peserta dari Brickfields) – 10,000
- Jalan Petaling – 3,000
- Masjid Negara – 2,000
LIVE Perhimpunan Bersih 2012 Setakat Pukul 11.51 pagi
  • 11.51 pagi : Pasar Seni – Unit Amal PAS (unit keselamatan) meminta peserta berkumpul di luar Pasar Seni kerana perhimpunan BERSIH 3.0 hanya akan bermula pada jam 2 petang.
  • Kelihatan bersama orang ramai di situ ialah pengerusi bersama BERSIH Datuk S Ambiga dan pengarah komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad.
  • 11.47 pagi : Dekat Dataran Merdeka – Di hadapan Majlis Peguam, kumpulan peserta termasuk aktivis wanita Irene Fernandez menyanyikan beberapa lagu, termasuk ‘Rasa Sayang’.
  • 11.46 pagi : Pasar Seni – Peserta yang berarak dari Brickfields telah sampai ke Pasar Seni dan menerima sambutan gemuruh dari peserta di situ.
  • “Reformasi, reformasi Hidup BERSIH!” jerit mereka. Berikutan itu, jumlah peserta itu di situ mencecah beberapa ribu orang.
  • 11.40 pagi : Pasar Seni – Dari stesen LRT ke arah HSBC Bank Malaysia Berhad, kebanyakan kedai ditutup dan jalan-jalan kosong, nampak seperti zon perang atau kawasan dilanda bencana. Ratusan penyokong BERSIH dalam kumpulan yang bertaburan. Sesetengah restoran yang dibuka dipenuhi pelanggan berkemeja-T kuning.
  • Pak Samad tiba di LRT Pasar Seni dan bergambar di jambatan yang menghubungkan stesen Dayabumi dengan berlatar belakang anggota polis yang berkawal di situ. Stesen tersebut beroperasi tetapi mesin tiket tidak berfungsi

    Malaysia Bersih 3.0 LIVE PerHimpunan Bersih 2012 (BERSIH 3.0 Malaysia). UPDATE : Sekitar 50,000 Peserta Bersih Sudah Berada di Sekitar Kuala Lumpur!!
  • 11.38 pagi : Dataran Merdeka – Orang ramai di Persimpangan Jalan Tun Perak-Jalan Parlimen, berjumlah ribuan orang, sekarang berarak di sepanjang Jalan Kinabalu menuju ke arah Masjid Negara.
  • 11.35 pagi : Brickfields – Peserta berjumlah kira-kira 1,000 orang, memecah benteng polis dan kini berarak ke arah Dataran Merdeka. Anggota polis kelihatan seperti membiarkan mereka lalu.
  • 11.30 pagi : Brickfields – Kira-kira 1,000 orang cuba untuk berarak tetapi dihalang oleh kira-kira 60 anggota polis di Jalan Tun Sambathan. Kumpulan itu kini duduk di hadapan polis dan menyanyikan lagu Negaraku.
  • 11.25 pagi : Jalan Tun Perak – Kumpulan Himpunan Hijau 3.0 sampai ke Menara Maybank, yang terletak tidak jauh dari Dataran Merdeka
  • Oleh kerana jalan ke Dataran Merdeka telah ditutup, maka mereka menuju ke arah Pudu Sentral, tumpuan utama perhimpunan BERSIH tahun lepas
  • 11.19 pagi : Masjid Negara – Sembilan trak polis baru melepas Masjid Negara menuju ke Dataran Merdeka. Mereka mendapat tepukan gemuruh orang ramai
  • 11.15 pagi : Masjid India – Jumlah orang ramai semakin bertambah di luar bangunan BSKL
  • 11.15 pagi : Masjid Negara – Empat trak polis meninggalkan kawasan tersebut.
  • 11:13 pagi : Jalan P Ramlee – Peserta Himpunan Hijau berarak dari KLCC ke arah Jalan Raja Chulan.
  • Mereka melaungkan “Bersih” dan beberapa peserta membantu memudahkan aliran trafik.
  • Dianggarkan jumlah peserta sudah mencecah 20,000 orang di lokasi berlainan di sekitar bandaraya Kuala Lumpur.
LIVE Perhimpunan Bersih 2012 Setakat Pukul 10.55 pagi
  • 10.55 pagi : Masjid Negara – Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu tiba di Masjid Negara dan diberikan sambutan wira oleh orang ramai.
  • 10.54 pagi : KLCC – Beberapa orang ditangkap di sini selepas orang ramai, dianggarkan 10,000 orang, mula berarak ke arah Masjid Jamek.
  • Mereka memecah benteng polis di Jalan Ampang.
  • 10.53 pagi : Masjid India – Para anggota Unit Amal menerajui kira-kira 5,000 peserta untuk melepasi benteng polis di persimpangan di luar Public Bank, berhampiran hujung utara Dataran Merdeka.

    Malaysia Bersih LIVE PerHimpunan Bersih 2012 (BERSIH 3.0 Malaysia). UPDATE : Sekitar 50,000 Peserta Bersih Sudah Berada di Sekitar Kuala Lumpur!!
  • 10.51 pagi: Tiga jam sebelum perhimpunan Bersih 2.0 pada jam 2 petang, dianggarkan 15,000 peserta sudah berada di lokasi berlainan di sekitar pusat bandaraya Kuala Lumpur.
- KLCC – 5,000
– Jalan Sultan – 4,000
– Masjid Jamek – 2,000
– Masjid Negara – 1,000
– Berhampiran Dataran Merdeka – 3,000
  • 10.40 pagi : KLCC – Kumpulan Himpunan Hijau 3.0 mula bergerak. Pengerusinya, Wong Tack dan ahli jawatankuasanya mengetuai kira-kira 5,000 orang berarak di sepanjang Jalan Ampang menuju ke Suruhanjaya Tinggi Australia.
  • 10.34 pagi : Setakat ini, tidak kelihatan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) di pusat bandar. Juga tidak kelihatan trak meriam air setakat ini.
  • 10.31 pagi : Tweet dari PDRM – 8 objek disyaki bahan letupan dikesan di luar Menara Dayabumi.
    Gambar Bersih 3.0 LIVE PerHimpunan Bersih 2012 (BERSIH 3.0 Malaysia). UPDATE : Sekitar 50,000 Peserta Bersih Sudah Berada di Sekitar Kuala Lumpur!!
  • Sementara itu, polis KL mengumumkan di Facebook bahawa mereka telah menutup 58 jalan di bandaraya KL bermula dari jam 6 pagi sehingga notis selanjutnya.
  • 10.20 pagi : Masjid Negara – Kira-kira 100 orang mendengar ucapan di halaman masjid tersebut.
  • 10.19 pagi Brickfields – Peserta mula mengedarkan belon dalam bentuk permainan popular komputer – Angry Birds.
  • 10.16 pagi : Dataran Merdeka – Benteng polis berhampiran ibu pejabat Majlis Peguam menjadi tumpuan pelancongan untuk bergambar di situ.
  • 10.15 pagi : Bangsar – Pengerusi Bersama BERSIH Datuk A Samad Said baru menaiki LRT yang penuh sesak di stesen Bangsar. Orang ramai bertepuk ketika beliau masuk ke dalam koc.
  • 10.05 pagi : Brickfields – Kira-kira 50 peserta memaki baju-T BERSIH berhimpun di luar luar Old Town Coffee Shop di Jalan Thambypillai.
  • Menurut sesetengah peserta, mereka sama ada bermalam di hotel berdekatan atau ikut orang ramai apabila tiba di KL Sentral.
  • “Saya tidak tahu bagaimana nak ke di Brickfields. Saya hanya ikut yang lain apabila saya keluar dari stesen kereta api.” kata Kelly Tui.
  • 10:03 pagi : JLN TUN PERAK Suasana makin meriah dengan sorakan, persembahan silap mata.
LIVE Perhimpunan Bersih 2012 Setakat Pukul 9.57 pagi
  • 9.57 pagi : Central Market – Sekumpulan kecil sibuk meneliti salinan perintah mahkamah yang ditampal di tiang lampu. Perintah mahkamah itu melarang ahli jawatankuasa pemandu BERSIH memasuki Dataran Merdeka.
  • 9.40 pagi: Dataran Merdeka – Simpang Jalan Tun Perak-Jalan Tunku Abdul Rahman merupakan titik perhimpunan utama dengan orang ramai mencecah kira-kira 3,000 orang yang menyanyi dan melaungkan slogan. Kelihatan ratusan anggota polis tetapi tiada kelihatan anggota FRU.
  • 9.42 pagi : Pasar Seni: 60 anggota polis telah membentuk barisan di Leboh Pudu, bagi mencegah kenderaan masuk ke Medan Pasar dan Jalan Lebuh Pasar. Walau Bagaimanapun, peserta berjalan kaki dibenarkan lalu.
  • 9.37 pagi : KLCC – Anggota jawatankuasa anti-cyanide Bukit Koman dari Raub, Pahang membawa kain rentang dan poster untuk menyuarakan rasa tidak puas hati mereka terhadap syarikat perlombongan emas Australia yang menggunakan cyanide untuk mengekstrak emas.
    Jumlah orang ramai di KLCC meningkat kepada 1,000 dan emosi mereka tinggi dan semakin tinggi.
  • 9.35 pagi : JALAN SULTAN/JLN HANG JEBAT Polis buat perisai manusia halang orang ramai ke Yang Keng Benevolent Dramatic Association.
  • 9.25 pagi : JALAN Tunku Abdul Rahman (TAR) – Beratus-ratus penyokong BERSIH telah berkumpul di lorong belakang JALAN TAR berhampiran Masjid India, ramai di antara mereka memakai baju-T BERSIH atau baju kuning.
  • Terdapat sekumpulan orang muda yang mendiri sebuah gerai di sini untuk menjual baju-T BERSIH dan ‘Free Education’.
  • Polis menutup Jalan TAR dan Jalan Parlimen. Manakala kira-kira 100 anggota polis membentuk benteng manusia do Jalan TAR, di hadapan Sogo, peserta dapat mengelak benteng polis dengan menggunakan lorong belakang untuk pergi ke Masjid India dan Jalan Tun Perak.
  • Orang ramai melepak, duduk di hadapan kedai dan berbual sementara menunggu perhimpunan duduk bantah bermula.
  • 9.21 pagi : Jalan Tun Perak – Kira-kira 1,000 orang berkumpul di sepanjang jalan tersebut yang ditutup kepada kenderaan.
  • Ramai yang duduk di sepanjang laluan kaki lima dan berdiri di tengah-tengah jalan.
  • 9.20 pagi : Masjid Jamek LRT – Sekumpulan peserta BERSIH yang berpakaian kuning, berkumpul di luar stesen LRT, ada yang duduk di tepi jalan.
  • Jalan menuju ke Jalan Tun Perak dan Bangkok Bank ditutup kepada semua kenderaan. Terdapat kira-kira 50 anggota polis di kawasan itu. Kelihatan tiga trak polis dan sebuah van.
  • 9.15 pagi : MASJID NEGARA 500 orang berkumpul di perkarangan masjid.
  • 9.18 pagi : Pasar Seni – Kira-kira 100 anggota polis berbaris di belakang benteng di Lebuh Pasar Besar.
  • Orang ramai yang berada di depan sekatan jalan bertambah kepada 100 orang. Mereka menonton aktivis mengadakan persembahan muzikal.
  • 9.20 pagi : MASJID JAMEK Jln dari Jln Tun Perak ke Bangkok Bank ditutup. Peserta berhimpun di LRT
  • 9.15 pagi : KLCC – Pintu masuk ke KLCC menghadap Bangunan Public Bank dan pintu masuk utama ke Menara Berkembar ditutup.
  • Ketua Pemuda MCA Indera Mahkota David Choi, walaupun menghadapi tindakan disiplin parti kerana menyokong Himpunan Hijau, dilihat berada di kalangan orang ramai.
  • Pemuda MCA Bahagian Indera Mahkota merupakan satu-satunya bahagian parti itu yang menentang loji nadir bumi yang terletak di Gebeng, Pahang.
  • Peserta yang kini berjumlah kira-kira 500 orang selepas disertai kumpulan lain yang berada di taman KLCC mula melaungkan “Stop Lynas”.
  • Kira-kira 100 anggota polis membentuk tembok manusia untuk menghalang orang ramai daripada berhampiran pintu masuk.
  • 9:14 pagi : JALAN TUN PERAK menghala Jln Datuk Onn ditutup. 50 polis kelihatan berkawal.
  • 9.00 pagi : JALAN PETALING, DEKAT HOTEL LOK ANN Seorang gadis berbaju kuning beri bunga polis bernama Yap, minta sokong BERSIH. Yap tak ambil dan hanya tersenyum. Orang ramai dan anggota polis lain bertepuk tangan.
  • Anggota polis dilihat mengawal beberapa lokasi utama, termasuk Yang Keng Benevolent Dramatic Association di persimpangan Jalan Sultan dan Hang Jebat.
  • 9.09 pagi : KLCC 500 berkumpul di taman dekat pintu masuk Suria & mula melaungkan slogan anti-Lynas.
LIVE Perhimpunan Bersih 2012 Setakat Pukul 8:55 pagi
  • 8.55 pagi : SIMPANG MRR1 ke Jalan Sultan Salahuddin, sekatan jalan raya. Kenderaan tidak dibenarkan masuk.
  • 8.51 pagi : JALAN DUTA Sekatan jalan raya, semua kereta dihalang memasuki Jln Parlimen.
  • 8.48 pagi : PERSIMPANGAN DEPAN SOGO ditutup. Jalan menuju Dataran Merdeka ditutup, pemandu dilencongkan ke JALAN DANG WANGI. 150 polis berkawal.
  • 8.40 pagi : JALAN IMBI, JLN BKT BINTANG menuju Jln Sultan Ismail, lancar tanpa sekatan jalan raya.
  • 8.32 pagi : KLCC AVENUE K Ratusan penyokong Himpunan Hijau berkumpul. 150 polis berseragam mendengar taklimat daripada atasan mereka.
  • 8.30 pagi : JALAN TUN SAMBANTHAN menuju Pasar Seni di tutup. Helikopter berlegar di udara.
  • 8.24 pagi : JALAN TRAVERS//BRICKFIELDS Trafik lancar tanpa sekatan jalan raya. Peserta belum kelihatan.
  • 8.00 pagi : JALAN PETALING – Peserta mula berkumpul, termasuk sekumpulan seniman dengan alat muzik. Gerai sekitar penuh sesak.
  • 8.00 pagi : JALAN PETALING – Peserta mula berkumpul, termasuk sekumpulan seniman dengan alat muzik. Gerai sekitar penuh sesak
Apa Respon Anda Mengenai Bersih 3.0 Setakat Ini?


Sepanyol pertahan trofi Euro, Azzurri gigit jari

pix_gal0
Sepanyol pertahan trofi Euro, Azzurri gigit jari

Kiev: Ramai pengkritik mendakwa Sepanyol menjadikan permainan bola sepak moden tidak menarik apabila tidak membenarkan lawan memegang bola sepanjang Euro 2012. Pasukan itu juga dicemuh penyokong sendiri kerana bergelut menjaringkan gol sama ada di peringkat kumpulan, suku akhir dan separuh akhir.
Awal pagi semalam, segala-galanya berubah dan dunia menyaksikan bagaimana La Roja menggunakan ‘kuasa matador’ membenam Itali dalam final di Stadium Olimpik.

Mario Balotelli (gambar kecil) yang diramal menjana misi Azzurri hanyut dalam cabaran yang berakhir dengan linangan air mata.


Sepanyol Vs. Itali Euro 2012


Sepanyol Vs. Itali Euro 2012: Juara bertahan Sepanyol menang Euro 2012 complete bersejarah tiga kali ganda



Juara bertahan Sepanyol mendakwa trofi utama yang bersejarah 3 berturut-turut antarabangsa dengan kekalahan 4-0 Itali di final Euro 2012 di Kiev Ahad.
Ia merupakan paparan yang menakjubkan dari Piala Dunia 2010, dengan kemenangan semua tetapi dimeteraikan oleh rehat sebagai matlamat dari David Silva dan Jordi Alba memberikan mereka mendahului 2-0.
Gantian, Fernando Torres dan Juan Mata dibundarkan kemenangan tegas dengan dua mogok lewat.
Kemenangan dalam perlawanan akhir juga merupakan satu kemenangan yang berusia 61 tahun jurulatih Vicente Del Bosque, lelaki pertama untuk memimpin pasukan ke Piala Dunia, Kejohanan Eropah dan Liga Juara-Juara Eropah mahkota, yang kedua dengan Real Madrid pada tahun 2000 dan 2002.
"Ini kejayaan dalam bola sepak Sepanyol adalah sesuatu yang bersejarah, dan sekarang kita perlu melihat ke hadapan dan cuba untuk melayakkan diri ke Piala Dunia 2014 di Brazil," katanya kepada berkumpul pemberita.
Tetapi bagi Itali dan jurulatih mereka Cesare Prandelli ia adalah akhir pahit untuk kejohanan yang mereka sebelum ini telah diserikan dengan persembahan imaginasi mereka.
"Kami datang menentang pasukan yang hebat," kepada Prandelli berkumpul pemberita.
Euro 2012 LIVE: Sepanyol vs Italy
La Roja bersinar terang dari awal dan dengan kelebihan pemotongan, walaupun sekali lagi memulakan perlawanan tanpa penyerang yang diiktiraf.
Barcelona, ​​Xavi Hernandez diberus palang dengan shot sengit dalam minit ke-10 selepas saling mempesonakan tetapi ia tidak mengambil masa yang lama untuk tekanan untuk membayar.
Kelab rakan sepasukan Xavi Andres Iniesta dialirkanNya pas yang sempurna melalui Cesc Fabregas untuk menyeberangi David Silva untuk mengetuai rumah pada 14 minit.
Itali, yang menyebabkan kejutan dengan kemenangan 2-1 ke atas Jerman di separuh akhir, bertindak balas dengan sepasang usaha Antonio Cassano, tetapi dengan Mario Balotelli tidak dapat untuk membuat banyak tanggapan mereka sentiasa memandang kedua terbaik.
Sepanyol pergi jauh ke hadapan sejurus sebelum rehat dan matlamat khas off kerja berpasukan semua pusingan mereka.
Pertahanan Jordi Alba bertukar-tukar pas dengan Xavi dan pecah melalui pusat pertahanan Itali sebelum mudah menewaskan Gianluigi Buffon.
Selepas rehat, Itali bertindak balas dengan sepasang peluang untuk Antonio di Natali, yang pertama tandukan, kedua dengan penglihatan yang lebih jelas matlamat hanya boleh dinafikan dua kali berturut-turut cepat oleh Sepanyol kapten Iker Casillas.
Harapan Itali kembali semula mengambil penyok lanjut apabila pengganti akhir mereka, Thiago Motta, bertahan hanya lima minit sebelum diusung keluar.
Menentang pasukan yang keletihan dengan hanya 10 orang lelaki, Sepanyol akhirnya mengambil kesempatan penuh selepas pengenalan Chelsea Torres.
Xavi mendapati beliau dengan pas lagi hebat dan dia slotted rumah yang ketiga pada 84 minit menjadi orang pertama untuk skor dalam dua perlawanan akhir Kejohanan Eropah berturut-turut.
Beliau telah menyambar gol tunggal kemenangan 2008 akhir ke atas Jerman.
Torres kemudian bijak menubuhkan kelab rakan sepasukan Mata beliau skor dengan hampir sentuhan pertama bola.
Dalam berbuat demikian, Torres meraih Kasut Emas kejohanan untuk matlamat bersama tiga terkemuka dan bahawa bantuan akhir.
Ia telah meninggalkan Casillas untuk mengangkat trofi di Stadium Olimpik yang mengagumkan, penjaga gol Real Madrid keseronokan ketika di lagi kemenangan tersendiri untuk satu pasukan banyak memanggil terbesar dalam sejarah.
"Ini adalah saat yang benar-benar indah. Matlamat kedua dari Jordi (Alba) meraih ia benar-benar," katanya kepada televisyen Telecinco.
"Sudah empat tahun yang menakjubkan Anda mungkin berfikir bahawa margin 4-0 menentang Itali bermakna ia mudah - tetapi kita telah secara beransur-ansur meningkatkan kejohanan itu pergi bersama."
Set akhir Ahad meterai pada tiga minggu persaingan di Ukraine dan Poland di lapan tempat perlawanan dan melibatkan 16 pasukan.
Dua puluh empat sisi kebangsaan akan mengambil tempat mereka dalam pusingan akhir akan datang di Perancis pada 2016 dan mereka akan melakukan baik untuk dipadankan dengan standard keseluruhan yang tinggi menyerang bermain dalam Euro 2012.
Kejadian pertempuran perkauman dan keganasan antara penyokong dari Poland dan Rusia dicemari peringkat kumpulan, tetapi kebimbangan keganasan kipas meluas membuktikan hanya ketakutan.
Layanan buruk yang didakwa Ukraine dipenjara ketua pembangkang Yulia Tymoshenko juga membawa kepada ancaman pemulauan oleh pemimpin-pemimpin politik Eropah, tetapi Canselor Jerman Angela Merkel telah menghadiri kemenangan suku mereka lebih Greece.
Itali Perdana Menteri Mario Monti dan rakan sejawatannya dari Sepanyol Rayoy Mariano tetamu di perlawanan akhir, kesesatan dialu-alukan mungkin dari kegawatan ekonomi yang melanda negara-negara yang dilanda penjimatan mereka dalam krisis zon Euro.
Lebih kontroversi, Presiden Belarus Alexander Lukashenko juga di kalangan pembesar-pembesar, walaupun menjadi subjek larangan perjalanan Kesatuan Eropah.
Jemputan telah mencetuskan bantahan daripada kumpulan feminis di Kiev sebelum perlawanan akhir.

Budak nakal julang Itali

Budak nakal julang Itali


PEMAIN Itali meraikan kejayaan ke final Euro 2012 setelah mengalahkan Jerman 2-1 semalam manakala gambar kecil menunjukkan gaya unik Mario Balotelli selepas menjaringkan gol kedua Azzurri. - AFP
WARSAW - Digelar 'budak nakal', Mario Balotelli bertukar watak sebagai wira buat Itali apabila dua jaringan menarik bintang Manchester City itu membolehkan Azzurri membenam Jerman 2-1 pada separuh akhir Euro 2012, semalam.
Tandukan kencang pada minit ke-20 dan sepakan padu pada minit ke-36 oleh Balotelli membuka laluan Itali mara ke perlawanan akhir menentang Sepanyol, Isnin ini.
Ia merupakan prestasi terbaik yang dipamerkan Balotelli sehinggakan dia tidak mampu dikekang oleh pertahanan Jerman.
Jerman cuba bangkit menerusi penalti Mesut Ozil pada masa kecederaan namun ia sudah terlambat untuk menyaksikan kebangkitan dramatik skuad Joachim Loew.
Begitupun Balotelli ternyata sudah sebati dengan sifat nakal apabila meraikan jaringan keduanya dengan menanggalkan jersinya.
Ini menyebabkan dia dilayangkan kad kuning.
Mengulas tindakannya menanggal jersi, Balotelli berkata: "Jika ada sesiapa yang marah dengan cara saya meraikan jaringan ini, ia disebabkan mereka cemburu terhadap saya, cemburu dengan fizikal saya."
Tindakan Balotelli itu merupakan cara dia meluahkan emosi pada kejohanan itu, sebagai pemain kulit hitam yang menjadi mangsa perkauman daripada penyokong Croatia dan Sepanyol.
"Pada penghujung perlawanan (semalam) saya berjumpa ibu saya dan memberitahu dia jaringan ini adalah untuknya.
"Ini adalah hari yang cukup indah buat saya namun saya harap Ahad ini akan menjadi lebih baik," kata Balotelli. - AGENSI

Fabregas raja penalti ( Euro 2012 )

Fabregas raja penalti


DONETSK, Ukraine - Empat tahun selepas menyempurnakan penalti kemenangan untuk pasukannya pada Euro, Cesc Fabregas sekali lagi membawa generasi emas Sepanyol ke final Euro 2012 dengan memainkan peranan besar dalam penentuan penalti ke atas Portugal semalam.
Pada Euro 2008 di Austria dan Switzerland, jaringan Fabregas membolehkan Sepanyol menyingkirkan Itali menerusi penentuan penalti pada suku akhir, sebelum dia membawa pasukannya merangkul kejuaraan.
Semalam, Fabregas memastikan kemaraan skuad La Roja ke final selepas menyempurnakan penalti terakhir mereka, mengetepikan Portugal menerusi keputusan 4-2 setelah perlawanan penuh berkesudahan tanpa jaringan.
"Saya mempunyai gerak hati bahawa kami akan melangkah jauh jika berjaya memperbaiki sepakan penalti dan itulah yang kami lakukan. Saya menunggu untuk sepakan kelima dan saya dapat rasakan bahawa saya akan menyempurnakannya.
"Terdapat banyak emosi (apabila melangkah untuk mengambil penalti),'' kata Fabregas.
Fabregas sepatutnya melakukan sepakan penalti kedua tetapi menawarkan diri untuk menjadi pemain kelima membuat sepakan.
Katanya: "Saya mempunyai gerak hati. Pembantu jurulatih Toni Grande memberitahu saya supaya bersedia untuk penalti kedua tetapi saya meminta dia meletakan nama saya dalam senarai kelima.
"Saya 'bercakap' dengan bola tolong jangan kecewakan saya."
Penalti Fabregas di Euro 2008 membolehkan mara ke separuh akhir bertemu Rusia, sebelum menumpaskan Jerman di final. Kemampuan Fabregas menjadi pengambil sepakan penalti yang tepat membolehkan dia digelar raja penalti oleh rakan-rakan sepasukan.
Sepanyol kini berpeluang untuk menjadi pasukan pertama merangkul tiga kejuaraan utama secara berturut-turut bermula dari Euro 2008 dan Piala Dunia 2010.
Sementara itu pengurus Sepanyol, Vicente del Bosque mendedahkan, Fabregas sendiri yang telah meminta untuk mengambil sepakan penalti.
"Kesemua lima pemain yang mengambil sepakan, telah menawar diri untuk melakukannya. Cesc datang kepada saya dan memberitahu, saya mahu ambil tendangan yang kelima, sepakan yang akan memberi kemenangan,'' kata Del Bosque. - AGENSI

See Megan Fox's Pregnant Bikini Body!

PICS: See Megan Fox's Pregnant Bikini Body!

Megan Fox and husband Brian Austin Green in Hawaii on June 24, 2012. Megan Fox and husband Brian Austin Green in Hawaii on June 24, 2012. Credit: ADHI/AKM-GSI
Even with a baby on the way, Megan Fox still looks like a knockout in a bikini.
On June 24, the pregnant actress, 26, and her husband, Brian Austin Green, 38, celebrated their second wedding anniversary in Kona, Hawaii -- the same spot they tied the knot in 2010. Fox, clad in a Cia. Maritima bikini, proudly showed off her growing baby bump as Green caressed her new curves.
PHOTOS: How Megan Fox and Brian Austin Green fell in love
"It's a tradition for them to come back every year and celebrate their anniversary," a source tells Us Weekly of the couple, who stayed at the Four Seasons Resort in Hualalai. "This year they have a baby on board and were excited to share the news with all of the friends on staff they have made there over the last several years."
Megan Fox and husband Brian Austin Green in Hawaii on June 24, 2012.
Megan Fox and husband Brian Austin Green in Hawaii on June 24, 2012.
Credit: ADHI/AKM-GSI
Though Fox and Green have yet to confirm their baby news publicly, "there's definitely no denying she's pregnant now," a source says of the Friends With Kids actress, who unveiled her bare bump by the resort's pool. The pair stayed at the hotel for four days with Green's son, Kassius, 10, from his previous relationship with actress Vanessa Marcil, 43.
Megan Fox and husband Brian Austin Green in Hawaii on June 24, 2012.
Megan Fox and husband Brian Austin Green in Hawaii on June 24, 2012.
Credit: ADHI/AKM-GSI
Given that this is Fox's first pregnancy, Beverly Hills, 90210 alum Green has been "super protective of her," the source tells Us. "He's always walking in front or behind her to make sure she is completely looked out for. He really wants to take care of her and make sure she is as happy as can be."
PHOTOS: Megan Fox's body through the years
Fox had long dreamed of starting her own family with Green, whom she met on the set of ABC's Hope and Faith in 2004. "The pregnancy was planned," a pal recently told Us. "She has wanted a baby with Brian for awhile."

click here for more

Turki dakwa sebuah lagi pesawatnya turut ditembak Syria

Turki dakwa sebuah lagi pesawatnya turut ditembak Syria


Gambar bertarikh 24 Jun 2012 menunjukkan sebuah kapal pengawal pantai Turki memulakan perjalanan ke pelabuhan Samandagi di bandar Hatay bagi mengesan jet tenteranya yang ditembak jatuh Syria pada 22 Jun lalu. - AFP
ISTANBUL 26 Jun - Timbalan Perdana Menteri Turki, Bulent Arinc menyifatkan insiden pesawat pejuang negaranya ditembak oleh Syria sebagai 'tindakan permusuhan tahap tertinggi' dan mendakwa sebuah pesawat penyelamat turut diserang.
Arinc semasa satu sidang akhbar semalam selepas mesyuarat Kabinet bagi membincang insiden itu turut menyatakan, Ankara mungkin akan menghentikan penyaluran bekalan tenaga kepada Damsyik.
"Menembak sebuah pesawat tanpa memberi amaran adalah tindakan bermusuhan tahap tinggi," katanya sambil menambah, pesawat F-4 Phantom tersebut terkena peluru berpandu kawalan haba di ruang udara antarabangsa.
Menurutnya, tentera Syria turut melepaskan tembakan ke arah sebuah pesawat penyelamat yang mencari juruterbang yang hilang akibat insiden itu, tetapi tidak memaklumkan bila ia berlaku.
"Satu daripada pesawat CASA kami berlepas membawa sepasukan penyelamat, tetapi ia turut ditembak. Kementerian Luar Turki dan tentera telah memaklumkan pihak berkuasa Syria dan mahu supaya ia dihentikan dengan segera.
"Semua pihak perlu tahu tindakan seperti ini tidak akan dibiarkan tanpa menerima hukuman," tegasnya.
Arinc berkata, Ankara juga akan bertindak balas mengikut undang-undang antarabangsa. - AFP

Sekat Ronaldo

Sekat Ronaldo


Cristiano Ronaldo
GNIEWINO, Poland - "Kami akan memberikan 'layanan khas' kepada Cristiano Ronaldo." Itu janji jurulatih Sepanyol, Vicente del Bosque menjelang aksi separuh akhir Euro 2012 melibatkan kedua-dua pasukan, esok. Kerana bimbangkan ancaman Ronaldo juga, pemain La Roja, Xabi Alonso mengakui pasukannya menganalisis corak permainan Ronaldo. "Untuk pertemuan dengan Portugal, kami telah menganalisis corak permainan Cristiano Ronaldo dan sedikit penyesuaian akan dilakukan untuk mengawasi pemain ini.
"Namun ia akan dilakukan secara berpasukan kerana itu adalah cara terbaik untuk menyekat seorang pemain yang hebat,'' kata Alonso. Namun tegas bintang tengah Sepanyol itu, pasukannya akan kekal dengan gaya permainan mereka.
Menurutnya, Sepanyol akan beraksi seperti biasa biarpun ramai yang menganggap corak hantaran-hantaran pendek La Roja menjadikan perlawanan membosankan.
Selepas menyingkirkan Perancis 2-0 di suku akhir, juara Piala Dunia dan Eropah itu berdepan kritikan di Itali, manakala media pula menyifatkan mereka kurang bercita-cita tinggi untuk menyerang.
Sesetengah penonton di Arena Donbass, Donetsk mengejek pemain-pemain Sepanyol dalam perlawanan tersebut kerana gemar melakukan hantaran pendek sesama sendiri, bukannya mencipta gerakan pantas setiap kali mendapat peluang.
"Itu pendapat mereka dan ia sama seperti pendapat orang lain. Walau apa pun orang kata, saya tidak fikir kami akan berubah.
"Saya yakin kebanyakan peminat menikmati permainan bola sepak yang hebat. Ia bukan saja hebat ketika ini tetapi juga hebat pada masa akan datang,'' ujar Alonso.
Alonso, 30, yang menjaringkan kedua-dua gol Sepanyol ketika menumpaskan Perancis berkata, baik Portugal mahupun Jerman dan Itali mempunyai sikap suka menyimpan bola, mengawal permainan dan menyerang apabila ada peluang.
"Semua pasukan yang mereka kalahkan dalam laluan ke separuh akhir berhak kalah dalam perlawanan tersebut.
"Kami juga sentiasa mempunyai idea yang sama dengan pasukan-pasukan ini tidak kira siapa lawan yang ditentang, cuma gaya permainan masing-masing tidak sama," katanya. - AGENSI




Gadis dirogol dikahwini secara paksa



Gadis dirogol dikahwini secara paksa 


IPOH: Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun mengalami pengalaman menakutkan apabila diculik di Jeli, Kelantan dan kemudian dibawa ke Grik, Perak, lalu diperkosa.
Mangsa kemudian dibawa ke Thailand untuk dinikahkan secara paksa oleh perogol terbabit tetapi 36 jam kemudian, gadis berkenaan ditinggalkan di tepi jalan di sini, Sabtu lalu.
Difahamkan, ketika kejadian kira-kira jam 8 malam Khamis lalu, pelajar tingkatan tiga itu sedang membantu ibu saudaranya berniaga di kedai makan di Sungai Mekong, Jeli, Kelantan, apabila seorang lelaki tidak dikenali tiba-tiba muncul dan menarik remaja itu ke dalam Proton Wira.

Bapa mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Azizul, 43, berkata mangsa dibawa ke Jeli oleh ibu saudaranya yang datang ke rumah keluarganya di Grik.

“Saya difahamkan anak saya dibawa ke Kampung Belum Baru, Grik dan dirogol dalam kereta oleh lelaki berusia 30-an itu,” katanya sedih ketika ditemui di sini, semalam.

Pilihanraya Umum ke 13 Pada Musim Haji 2012 Tiada Masalah? Apa Kata Anda? Jemaah haji?


Pilihanraya Raya 2012 Haji Pilihanraya Umum ke 13 Pada Musim Haji 2012 Tiada Masalah? Apa Kata Anda? Jemaah haji?
Teka-teki dan cakap-cakap pemerhati politik tarikh Pilihanraya Umum ke 13 didakwa mahu diadakan pada musim haji 2012. Benarkah? Kami merasakan kebanyakan pembaca di sini bijak pandai. Kebanyakannya tahu kalau nak pergi haji bukan sesuatu yang mudah. Perlu ada persediaan rapi daripada kewangan, rohani dan fizikal termasuklah juga peluang menerima panggilan dan lambaian daripada tanah Suci Mekah.
Perlu tunggu bertahun-tahun lamanya sehinggalah mendapat rezeki menunaikan haji. Itu cerita yang tidak berapa nak ada duit. Bagaimana yang berduit? Boleh pergi haji pada bila-bila masa sahaja, asalkan ada wang.

Mengadakan Pilihanraya Umum ke 13 Pada Musim Haji 2012 Boleh Dilakukan Sebab……

Pilihanraya Umum Musim Haji Pilihanraya Umum ke 13 Pada Musim Haji 2012 Tiada Masalah? Apa Kata Anda? Jemaah haji?
Sumber : Malaysiakini
Dalam setahun ada 365 hari, adakah hanya pada musim haji sahaja sesuai diadakan Pilihanraya Umum ke 13?

Video Ulasan Najib Razak Mengenai UMNO Pada Pilihanraya Umum Ke 13

Cuma, kita sebenarnya ada pilihan. Musim Haji kita sudah tahu lebih awal jangkamasanya dan tidak boleh diubah sama sekali. Bagaimana pula dengan tarikh Pilihanraya Umum ke 13? Bukankah tarikhnya cukup fleksibel berpandukan kepada pemerhatian dan pandangan seorang yang bergelar Perdana Menteri ketika ini? Adakah mesti Pilihanaraya Umum ke 13 mesti dan dianggap mandatori untuk dijalankan pada waktu tersebut?
  • Hati kecil kami tidak merasakan yang mana Datuk Seri Najib Razak tergamak untuk mengadakan Pilihanraya Umum ke 13 pada musim haji sehingga menyebabkan sekitar 27,000 jemaah Haji yang bakal menunaikan haji pada tahun ini tidak berkesempatan menyertai dan merasai sendiri kehangatan Pilihanraya Umum ke 13 kelak. Sedangkan mereka ada peluang dan ruang jika tarikh Pilihanraya Umum ke 13 dipilih pada waktu yang lain?
  • Apa yang kami faham setakat ini, biar pun pemilihan pemimpin negara di Malaysia dibayangi oleh kertas, pensel, peti undi, SPR, Parti Politik dan isu-isu murahan yang tali menali, tetapi di sisi Muslim yang beragama ia mesti berasaskan ilmu, Pilihanraya Umum bukan barang mainan.
  • Walaubagaimanapun, semuanya terpulang kepada budi bicara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bagi memilih tarikh yang sesuai untuk mengadakan Pilihanraya Umum ke 13 kelak
  • Mungkin juga  dalam perkara ini, Datuk Najib boleh meminta pandangan Penasihat Agama PM, Menteri di JPM serta pihak Mufti
Pilihan Raya Umum Musim Haji Pilihanraya Umum ke 13 Pada Musim Haji 2012 Tiada Masalah? Apa Kata Anda? Jemaah haji? Mungkin selepas ini, untuk edisi Pilihnaraya Umum ke 14 contohnya seseorang Perdana Menteri masih lagi berhak menentukan bila Pilihanraya Umum mahu diadakan tetapi….ada tetapinya, dengan syarat tempoh pengumuman daripada tarikh sebenar Pilihanraya Umum mestilah tidak kurang 6 bulan contohnya. Mengapa kami katakan begini?
Kebanyakan rakyat Malaysia ada perancangan sendiri. Apabila tarikh sudah tahu lebih awal lebih mudah rakyat Malaysia dapat merancang sesuatu dengan lebih mudah & teratur termausklah rancangan pulang ke tempat mengundi, ambil cuti, rancangan buat majlis perkahwinan, kenduri dan sebagainya? Pernah terfikirkah pihak yang berkuasa selama ini?
P/S : Tempoh Pilihanraya ini sebenarnya menyeronokkan terutama apabila balik kampung contohnya beramai-ramai pergi mengundi pergi mengundi. Dan kita boleh perhatikankan untuk tempoh tersebut, sesama adik beradik dan saudara berkumpul & berkongsi info berkaitan calon dan parti. Kadang-kadang berdebat sakan sesama sendiri. Biasalah ada yang menyokongBarisan Nasional & ada juga yang Pakatan Rakyat. Baru wujudnya perbincangan bagi memilih pemimpin di masa hadapan kelihatan lebih berilmiah…Apa pandangan dan hujah anda pula?
PP/S : Samada bakal berlaku Pilihanraya Umum ke 13 pada musim haji 2012 kali ini, sama-sama kita nantikan. Adakah ia hanya sekadar realiti ataupun sekadar permainan teka-teki mengenai tarikh Pilihanraya Umum yang sebenarnya.

Botak demi RM50,000

Botak demi RM50,000


BERI SOKONGAN...rambut Ras Adiba dipotong Winnie.

BERI SOKONGAN...rambut Ras Adiba dipotong Winnie.
KUALA LUMPUR: Bukan mudah bagi seorang wanita yang sudah sebati berambut panjang membotakkan kepalanya secara tiba-tiba, tetapi itulah yang dilakukan personaliti televisyen, Ras Adiba Mohd Radzi.
Menurutnya, beliau mengambil keputusan drastik itu bukan untuk menarik perhatian mana-mana pihak, sebaliknya demi menyatakan sokongan dan keprihatinannya terhadap penghidap kanser.

Malah, keberaniannya yang mencukur habis rambut panjang mengurai dan meninggalkan hanya sedikit sisa, memperlihatkan jiwa kentalnya sebagai personaliti wanita pertama berbuat demikian.

“Saya mendapat jemputan daripada Majlis Kanser Nasional (Makna) untuk terbabit dalam kempen Jom Botak ini sebagai menyatakan sokongan kami kepada pesakit kanser khususnya kanak-kanak.

“Kalau bercakap berdasarkan pengalaman sendiri, saya memiliki ahli keluarga yang juga penghidap kanser. Ayah tiri saya meninggal dunia kerana barah kolon manakala pak cik dan beberapa rakan menjalani rawatan atas sakit dihadapi.


“Mereka orang terdekat dengan saya dan saya melihat mereka sangat tabah dan kuat. Bayangkan bagaimana mereka melalui hari-hari mereka dan saya berasa cukup hormatkan mereka,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Ras Adiba membotakkan kepalanya di salun A Cut Above, di sini dan rambutnya dipotong pemilik salun itu sendiri, Winnie Loo.

Beliau berkata, dia tidak kisah jika kerjayanya terjejas kerana beliau percaya kepada niat yang baik membantu mereka yang menderita dan dalam kesusahan.

“Ini adalah sebahagian daripada usaha saya tapi apalah sangat jika dibandingkan dengan kesengsaraan yang pesakit hadapi khususnya kanak-kanak.

“Jadi saya berharap lebih ramai masyarakat menunjukkan rasa prihatin mereka dan bersama-sama kami nyatakan sokongan terhadap pesakit kanser. Saya berharap dapat mengumpul sumbangan peribadi RM50,000 untuk tabung Makna.


Sementara itu, Ketua Projek Kempen Jom Botak, Datuk Dr Arunan Selvaraj berkata, kempen itu bermula sejak sebulan lalu dan baru-baru ini, pihaknya menjayakan rakaman klip video bagi meraih sokongan masyarakat.

Cara-cara Untuk Mengaktifkan Akaun Bank Islam

Cara2 nk buat online banking

”Cara-cara Untuk Mengaktifkan Akaun Bank Islam Internet Banking Anda”
Langkah Pertama :
Langkah pertama ini hanya untuk orang yang belum daftar lagi di laman web  Bank Islam Online Banking, anda boleh terus ke langkah kedua jika anda sudah daftar di laman web Bank Islam Online Banking, Pastikan anda sudah daftar Bank Islam phone tac kerana Anda akan dapat nombor tac anda melalui sms yang dihantar pada no tel. bimbit anda yang anda daftarkan semasa mengisi borang pendaftaran.
Ikuti langkah-langkah berikut:
1. Buat internet banking e-pin di atm Bank Islam
2. Caranya : masukkan kad atm, masuk nombor pin anda, pilih lain-lain, pilih 'Perbanking Internet', masukkan 6 digit e-pin pilihan anda (lain dari pin atm anda, masukkan lagi untuk kepastian, siap. (internet e-pin accepted), ingat nombor pin tersebut. 
3. Selesai.
Ok, bila dah buat semua tu, pergi ke laman web https://www.bankislam.biz/ klik pada first time Login. dan ikut arahan untuk register.
1. Masukkan Nombor di kad ATM anda.
2. Masukkan Nombor pin yang anda daftar di ATM Bank Islam
3. Isi Borang Pendaftaran
Pastikan Nombor Password yang anda daftarkan itu hanya 6 Digit SAHAJA.
Password anda haruslah mempunyai Huruf dan Nombor.
Selepas selesai register anda boleh terus Login.


"Cara-Cara Untuk Transfer Duit Dan Buat Pembelian"
Langkah Kedua :
Ok, sekarang anda dah pun login akaun Bank Islam anda.
Di sini akan diterangkan macam mana nak transfer duit untuk buat
Pembelian Melalui Internet.
Masukkan User ID dan Password yang anda telah daftar semasa mengisi borang pendaftaran.
Klik LOGIN.
Kemudian klik pada Transfers to Third Party.
1. Di ruang Destination account, pilih nombor akaun anda.
2. Diruang Recipient's Email Address, masukkan email penerima.
3. Diruang Transfer Amount, Isikan amaun = $$$
4. Tinggalkan kosong diruang Transfer Description.
5. Klik
Transfer.


Pada paparan seterusnya, isikan nombor tac yang anda dapat melalui
sms. Pastikan nama Penerima itu betul.
Kalau semuanya ok, klik pada Confirm/Submit/Transfer. Selesai.
Save bukti bayaran tersebut.Pastikan anda mencatat tarikh dan masa transaksi.
Selesai.