Sepanyol pertahan trofi Euro, Azzurri gigit jari

pix_gal0
Sepanyol pertahan trofi Euro, Azzurri gigit jari

Kiev: Ramai pengkritik mendakwa Sepanyol menjadikan permainan bola sepak moden tidak menarik apabila tidak membenarkan lawan memegang bola sepanjang Euro 2012. Pasukan itu juga dicemuh penyokong sendiri kerana bergelut menjaringkan gol sama ada di peringkat kumpulan, suku akhir dan separuh akhir.
Awal pagi semalam, segala-galanya berubah dan dunia menyaksikan bagaimana La Roja menggunakan ‘kuasa matador’ membenam Itali dalam final di Stadium Olimpik.

Mario Balotelli (gambar kecil) yang diramal menjana misi Azzurri hanyut dalam cabaran yang berakhir dengan linangan air mata.


0 ulasan: